|
Jika sebelum ini paras rupa anak Nana Mahazan, Althea Raqeem Brian, 9, dihina dan diejek selekeh, terbaru anak penyanyi Nourul Depp pula diejek gemuk.
Anak sulung kepada Nourul dan Ajai, Ayu, 20, mendedahkan perkara itu menerusi Instagram. Tidak berdiam diri, Ayu memuat naik posting bagi membalas laharan 'body shaming' terhadapnya.
Dia secara menyindir berterima kasih kepada warganet yang sibuk menjaga tepi kainnya. "Saya hanya mampu tertawa kerana tak sangka berat dan bentuk tubuh saya boleh menjadi isu kepada anda. "Saya tak kenal kalian dan begitu juga sebaliknya. Jadi, kalian juga tidak tahu betapa saya sedang berhempas -pulas di Gim setiap hari. "Progres mengambil masa, jadi tataplah tubuh 'gemuk' saya puas-puas kerana kalian akan merinduinya tak lama lagi," tulisnya.
|



kechikchomel replied at 6-9-2019 12:49 PM
baru lepas tanya acik google.
ayu kat UNIMAS amik zoology.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.393034 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.