Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon

Pengapit Hadiri Majlis Perkahwinan Kakak Pakai Kostum T-Rex

6-9-2019 10:55 AM|Oleh: Nia M| Komen: 19

Fenomena bridesmaid atau pengapit semasa majlis perkahwinan kini bagaikan suatu kewajipan. Di Malaysia juga tidak ketinggalan dan kebiasaannya, bridesmaid berpakaian cantik untuk meraikan pengantin pada hari istimewa mereka. 


Kredit foto: Zola

Sinonimnya, bridesmaid akan memakai pakaian seragam dengan tema yang sama pada hari perkahwinan tersebut.

Namun, berbeza situasinya bagi pengantin Deanna Adams dari Amerika Syarikat yang memberi kebebasan kepada pengapitnya untuk memakai apa-apa sahaja pakaian pada hari bahagia tersebut.

Lantaran itu, adiknya Christina memilih sepasang kostum luar biasa iaitu kostum dinasour T-rex untuk dipakai sebagai bridesmaid.

Pada mulanya, ia hanya suatu gurauan idea oleh Christina. Pelbagai jenis kostum terlintas di fikirannya, dan akhirnya T-rex dipilihnya.

Christina berkali-kali mengingatkan Deanna tentang kostum yang akan dipakainya nanti, namun Deanna tidak memberi apa-apa respon negatif lalu Christina meneruskan sahaja ideanya itu. 

Maka, sebaik tiba hari istimewa Deanna yang cantik bergaun putih, Christina pula muncul dengan kostum T-rex yang besar dan melucukan! 



Kredit foto: Catherine Grill

Walau bagaimanapun, pada majlis resepsi, Christina menukar pakaiannya kerana menurutnya kostum itu terlalu panas. 

Christina turut berkongsi foto perkahwinan kakaknya itu disertai seekor T-rex yang kelihatan janggal. Foto tersebut mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif selain mendapat perkongsian lebih 36 ribu orang di laman Facebook. 


Kredit foto: Facebook

Adik-beradik itu bagaimanapun tidak mempedulikan komen negatif yang dilemparkan kerana perkahwinan itu tidak ada kena-mengena dengan warganet.  Christina juga menyatakan dia langsung tidak menyesal akan keputusannya itu. - CARI

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
Komen: 19
Komen

Previous : Ronu Mondal Sensasi Internet Kerana Bersuara Emas - Dari Gelandangan Kini Artis Rakaman

Next       : Dr Amalina Kecewa Gadis Terpaksa Buktikan Kepada Bakal Suami Masih Dara

Komen Terbaru

Quote puanbintang 17-9-2019 02:38 PM
comel je nengoknya...kalau i memang tak sanggup la...hahahaha

Lain-lain Komen

Quote msdummy.2018 6-9-2019 11:36 AM
Aku teringat zero.. Adoyai
Quote matchstick 6-9-2019 12:21 PM
Attention seeker versi kokusen
Quote buapakperut 6-9-2019 01:09 PM
haha tonggek dinoso nya
Quote RatuDunia94 6-9-2019 01:30 PM
Batak viral versi kokusen...
Quote chicozinn 6-9-2019 02:28 PM
kokosen pun batak viral..nextttt!!
Quote Gomea 6-9-2019 04:12 PM
Lepas ni dapatlah jadi instafemes
Quote Gomea 6-9-2019 04:13 PM
Lepas ni dapatlah jadi instafemes
Quote Gomea 6-9-2019 04:14 PM
Lepas ni dapatlah jadi instafemes
Quote Fleur81 6-9-2019 04:46 PM
Comellll
Quote CikB 6-9-2019 09:55 PM
hahahaha....comel je
Quote belilies 6-9-2019 10:31 PM
I lovvve this! Adorable! Ni mesti cam ada lam bucket-list adiknya.
Quote luluaurora 7-9-2019 10:55 AM
hahahahaahah
Quote nuryakmal 7-9-2019 11:05 AM
bodo nya. wedding ni supposedly all about the bride and groom. they supposed to be the centre of attention.

bila amik gambar wedding it supposedly to be ever after. tibeerrr ada pulak dino kat gmbr wedding. trying to be funny but personally dont ruin another persons wedding. do it on your own wedding.
Quote batmana 8-9-2019 12:04 PM
aku rasa klu perkahwinan cmni bodoh,

perkahwinan org melayu lagi bodoh sgt

tgkla kokusen kwin, tkde nye nk sewa kanopi byk2, wat katering 2,3 ekor lembu , nk makeup tebal2, tada mak andam sebelah, tada fotographer, takde pentas bersanding, tak bersanding pun, takde adat pau duit pengantin lelaki dgn duit tol, takde pantun2 yg merepek , melambatkan majlis bagai.. cume ikut lafaz cm zmn nabi , pstu selesai..

perkahwinan cmni lagi mengikut sunnah dari perkahwinan org melayu yg ngaku isle disini..
Quote Artemesiaa 8-9-2019 12:16 PM
Mesti dalam hati kakaknya kata tunggu jer ler masa kenduri kawin keo pulak nanti mau kakaknya pakai costume godzila pulak hahaha
Quote EncikRhoma 9-9-2019 03:10 PM
batak like dan share/retweet??
Quote Biabetik 9-9-2019 10:15 PM
Thread sebelah sibuk jd iron man, yg ni jd t rex plk. !!
Quote hanglipolopo 10-9-2019 05:33 PM
serius aku pun nak pakai ni untuk birthday anak aku
Quote puanbintang 17-9-2019 02:38 PM
comel je nengoknya...kalau i memang tak sanggup la...hahahaha

Lihat semua komen(19)

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

10 Terpanas
     CARI App
    Get it FREE Google play
     Twitter
     Instagram
    cari_infonet
    FOLLOW
    Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
    0.083539s Gzip On
    To Top