|
Seorang bayi perempuan dilahirkan dengan antibodi Covid-19. Lapor Utusan yang memetik The Guardian, bayi itu dilahirkan seorang petugas kesihatan yang menerima dos suntikan vaksin Moderna pertama pada Januari lalu ketika usia kandungannya mencecah 36 minggu.
Kes pertama seumpamanya selepas proses vaksinasi dilakukan kepada golongan wanita hamil itu dilaporkan menerusi artikel pra cetak yang bermakna laporan itu masih belum diteliti semula pihak berkaitan. Dr Paul Gilbert dan Chad Rudnick berkata, ibu bayi perempuan itu merupakan petugas kesihatan dan menerima suntikan pertama vaksin Moderna Mereka mengesan kehadiran antibodi pada waktu kelahiran selepas mengkaji darah dari tali pusat bayi.
“Oleh itu, terdapat potensi perlindungan dan pengurangan risiko jangkitan daripada Covid-19 dengan menerima vaksinasi ketika hamil. “Setahu kami, ini merupakan kes pertama di dunia melibatkan bayi dilahirkan dengan antibodi selepas vaksinasi,” kata Gilbert kepada stesen televisyen, West Palm Beach. Penyelidik kini membuat kajian untuk mengetahui sama ada antibodi ibunya disebarkan kepada bayi tersebut melalui tali pusat. - CARI
|

pyropura replied at 20-3-2021 10:29 PM
Moderna memang baksin thorbaeekk. Napa lah.kita bodo beli vaksin China timbang kati weyyy

pyropura replied at 20-3-2021 10:29 PM
Moderna memang baksin thorbaeekk. Napa lah.kita bodo beli vaksin China timbang kati weyyy
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.419480 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.