|
Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri yang tampil menegur usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenanya Liana Rosli mengenai kaedah pemasarannya yang keterlaluan dan mempunyai aksi lucah. Terpanggil untuk memberi teguran yang sama, pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun turut meluahkan rasa kesal dengan sikap Kak KM seolah tidak menghiraukan teguran. “Sungguh, saya terkesima melihat beberapa video beliau dan lagi terkilan bila turut melibatkan si anak, maaf saya tak sanggup tengok lebih banyak. “Ia ditonton oleh ribuan tanpa sekatan dan tapisan, pelbagai peringkat umur dan jantina, apa yang mereka fikir dan rasa saat melihat tak boleh dibayangkan kesan buruknya.
“Ini sebuah barah yang makin kronik dalam masyarakat, terutama di kalangan “founder” produk seumpamanya,” katanya.
|
mohabbatein: betul tu..risau tengok media sosial sekarang... macam dah hilang rasa malu semata2 nak buat marketing.. niat tak menghalal kan cara kena ingat tu. yan ...
dia tahu benda tu salah tapi apa nak heran asalkan tak kena kambus stok2 dia tu, janji masuk duit cukup2 belanja makan sudah.LadyCarefree replied at 14-10-2021 07:38 AM
"PU Syed berkongsi cadangan kepada pihak berwajib agar menguatkuasakan pemakaian patuh syariat kepad ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.708474 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.