CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Noraniza Idris Bimbang Kalau Suami Berbual Dengan Jiran Tetangga

13-10-2021 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2910| Komen: 24

Description: Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris seolah-olah tidak percaya yang dirinya sudah bergelar nenek.
Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris seolah-olah tidak percaya yang dirinya sudah bergelar nenek. 

Beliau merasakan dalam usia 53 tahun, masih terlalu muda untuk mendapat gelaran nenek namun kehadiran cucu sulungnya amat menggembirakan beliau sekeluarga.


Kredit foto: IG Noraniza

Menurut Noraniza, beliau sebenarnya kekok untuk mendukung bayi ataupun menguruskan bayi. Maklumlah, sudah lama tidak memegang bayi atau anak kecil.

Namun begitu, rasa sayang mula muncul apabila terbiasa dengan kehadiran cucunya dan beliau juga sudah mula menerima kenyataan bahawa dirinya sudah pun menjadi nenek.

Perkahwinan anak lelaki sulungnya, Aliff Haiqal k dengan Ezza Nafiesha Zakaria pada hujung tahun 2019 lalu di Port Dickson, Negeri Sembilan telah dianugerahkan dengan seorang cahaya mata perempuan yang  kini berusia enam bulan.

Noraniza atau lebih mesra membahasakan dirinya dengan panggilan Kak Ani berkata, pada mulanya perasaan risau dan paranoid ada dalam dirinya untuk berjumpa dengan cucu sulungnya itu sejak pandemik Covid-19.



Bagaimanapun, beliau mengakui sering berhubung dengan anak dan menantunya untuk bertanyakan khabar serta memastikan mereka berada dalam keadaan baik.

Menurut Noraniza lagi,  beliau juga bimbang kalau suaminya berbual dengan jiran tetangga kerana perasaan paranoid Covid-19 sentiasa ada dalam dirinya.

“Kalau Kak Ani nampak suami berbual-bual dengan jiran, rasa takut tu ada. Memang paranoid dibuatnya pandemik Covid-19 ni.

“Walaupun penjarakan sosial ada tetapi kita tidak nampak virus itu dan virus ini ada di mana-mana sahaja”, katanya. 


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejaka_hensem 13-10-2021 05:33 PM

Takde org komen lagi ke?ok lah,bagi iols komen,


Gosip kedua utk kak ani dalam masa 2 hari.
Quote nakkomenjugak 13-10-2021 07:18 PM
Congratsss jadik nenek irama malaya
Quote ashilalat 13-10-2021 11:26 PM
Tuhan tarik balik nikmat kang baru tau.

Menyampah plak baca artikel pasal penyanyi terpaling ni. Tak nak dipanggil nenek la, muda lagi nak bergelar nenek la. Apa motif kau? Nak org puji kau nampak muda bergetah umo 20an ke? Kang org bukak balik citer Enjut ko dulu kang, baru tau.
Quote anony-mous 13-10-2021 11:40 PM
ashilalat replied at 13-10-2021 11:26 PM
Tuhan tarik balik nikmat kang baru tau.

Menyampah plak baca artikel pasal penyanyi terpaling ni.  ...

Cerita enjut apa uols. Spill tea sikit
Quote sleepandream 14-10-2021 02:05 AM
anony-mous replied at 13-10-2021 11:40 PM
Cerita enjut apa uols. Spill tea sikit

choiiii chuols tertinggal train...
aib nenek ni tak usahla dikenang lagi..

baik fokus konsert 8jota sheols yg gah itu
Quote noor2 14-10-2021 08:29 AM
Seriously  masih terlalu muda umur 53 dipanggil nenek?..biar betul dia ni....orang yg umur 46 pun bangga jadi nenek dah...dan mmg layak umur 45 ke atas bergelar nenek dah...
Quote wanawina 14-10-2021 08:43 AM
sebaya mak meols acik ni. mak meols pulak x sabar nak cucu.

kan sheols ada colab dgn bunga lagu intan payung tu. meols sempat la baca paper mana tah interview si bunga tuh. bunga like early 20s pun dipanggilnya kakak pada si acik ani. meols mcm, eh bukan acik ani sudah bercucu? silap2 anak sheols lagi tua pada si bunga.
Quote Suchi 14-10-2021 09:37 AM
noor2 replied at 14-10-2021 08:29 AM
Seriously  masih terlalu muda umur 53 dipanggil nenek?..biar betul dia ni....orang yg umur 46 pun ba ...

Heheh, enot yg jauh lagi muda tu kemain eksaited bila tau anak dia pregnant.
Tak silap tahun lepas kot dia dapat cucu. Dia muda lagi lahir tahun 78.
Asik2 nak main ngan cucu je iols nengok.

Umur 53 ni ok jaah jd cucu, zaman mak2 kita dulu lagi laa kan ramai kawen muda belasan tahun umur baru nak masuk 40an ramai dh jd nenek.Tapi yela depa bukan artis tak bergaya melawa, so nampak lebih tua drpd usia sebenar.
Quote Nnasda53 14-10-2021 10:05 AM
Rasa diri tu baru 20an ke yang tak caya jadi nenek.
Quote noor2 14-10-2021 10:24 AM
Suchi replied at 14-10-2021 09:37 AM
Heheh, enot yg jauh lagi muda tu kemain eksaited bila tau anak dia pregnant.
Tak silap tahun lepa ...

Kann...ramai je yg umur 40an dah ada cucu...kawan2 kaka ramai dah bercucu tahap umur 40an ni...hehe..siap bangga lagi
Quote mawarkhayalan99 14-10-2021 11:00 AM
eee perasan much nenek kertu ni
Quote KamikuP 14-10-2021 12:56 PM
ashilalat replied at 13-10-2021 11:26 PM
Tuhan tarik balik nikmat kang baru tau.

Menyampah plak baca artikel pasal penyanyi terpaling ni.  ...

Anak dia yg sulung ni ke yang bagi penumbuk sulung kat muka tokey bas tu ? ewkekekekekekeke
Quote missus_meow 14-10-2021 01:07 PM
sesuai dah tu ... ramai je yg dpt title nenek masa umo 40s ...
Quote mamaida28 14-10-2021 01:10 PM
noor2 replied at 14-10-2021 08:29 AM
Seriously  masih terlalu muda umur 53 dipanggil nenek?..biar betul dia ni....orang yg umur 46 pun ba ...

saya bangga dgn gelaran saya grandma  - cucu2 saya 4 org..
Quote TabletSusu 14-10-2021 03:45 PM
aku dpt gelaran nenek ms umo 43, dr anak sedara
skrg dah 3org cucu sedara
nenek vogue kot.. ok lah tu
Quote miracle_forever 14-10-2021 05:53 PM
mengapakah gosip murahan begini boleh jadi satu thread.
Quote BoongaKertas 15-10-2021 09:14 AM
laa, dah 53? apa plak x sesuai pggl nenek plak? lol.
Quote Izumieza 15-10-2021 11:30 AM
Apa yang mudanya umur 53 jadi nenek. Sorang cikgu aku dulu 37 dah jadi nenek. Dan kawan masa sekolah rendah dulu 35 dah pun jadi nenek. Happy diorang jadi nenek. Paling lucu bila cucu dia dah boleh bercakap, kita pun kena panggil nenek jugak..
Quote eely_shana 16-10-2021 11:00 AM
ooo.. dah ada cucu..tahniah kak ani

Lihat semua komen(24)




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-10-2021 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.088500 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top