|
Rangkaian pasar raya popular Britain, Morrisons mengumumkan akan memadamkan label tarikh luput pada sebahagian besar produk minuman susunya menjelang hujung bulan ini, lapor akhbar Metro UK, kelmarin.
Bagi menggantikan label tersebut, pihak pengurusan akan menggunakan teknik tradisional iaitu dengan menghidu dan ia akan dilakukan pelanggan itu sendiri. Pelaksanaan ‘ujian menghidu susu masam’ itu dibuat bagi mengelakkan pembaziran sehingga empat juta liter susu setiap bulan kerana mematuhi label tarikh luput sedia ada. Menurut badan kebajikan Program Tindakan Sisa dan Sumber (WRAP), susu ialah produk makanan atau minuman ketiga paling banyak terbuang di Britain
“Kaedah ini adalah yang terbaik kerana ia memberi kebebasan kepada pengguna untuk menentukan sama ada susu itu masih elok atau tidak. “Tiada apa yang pelik, orang zaman dahulu juga menggunakan teknik hidu ini untuk menentukan sama ada susu masih boleh diminum atau tidak,” kata salah seorang pembeli susu tetap di Morrisons, Ian Goode. Sumber: Kosmo
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.555005 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.