CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Di Mana Anda Pembeli Sijil Vaksinasi Palsu?

11-1-2022 02:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1004| Komen: 5

Description: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan individu yang mendapatkan sijil vaksinasi dipercayai palsu dari sebuah klinik swasta di Marang.
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengesan individu yang mendapatkan sijil vaksinasi dipercayai palsu dari sebuah klinik swasta di Marang.


Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata, pihaknya akan memberikan nasihat dan kaunseling kepada golongan berkenaan bagi memastikan mereka menerima suntikan vaksin.


Kredit foto: Bernama

"Mengenai tindakan terhadap doktor dan klinik berkenaan, kita masih menunggu hasil siasatan daripada polis sebelum tindakan lanjut boleh diambil.

"Hasil siasatan mendapati klinik swasta berkenaan dibenarkan untuk memberikan suntikan vaksinasi secara berbayar sejak September tahun lalu dan memohon dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV).


"Permohonan menjadi PPV diluluskan pada akhir Disember tahun lalu dan pendaftaran klinik serta lesen doktor berkenaan boleh dibatalkan sekiranya didapati bersalah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan polis Terengganu membongkarkan kegiatan penjualan sijil vaksinasi Covid-19 dipercayai palsu dengan merampas hampir 100 keping kad peringatan (temu janji) vaksinasi.

Kegiatan itu terbongkar susulan serbuan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial yang membawa kepada penahanan suspek pada Sabtu.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote babelina 11-1-2022 02:23 PM
aku nie mabuk2 la..pening.. lapar.. nk tdo bagai.. kna dos 1 n 2.. korg senang2 beli..phuiiiii..
Quote primarikey 11-1-2022 02:27 PM
Jgn la tuduh yg beli sijil ni antivac
Sbb antivac sejati tak kan beli sijil palsu
Aku lg malu klu status kt mysejahtera aku
bertulis vaccinated
Quote Skuau 2-2-2022 11:04 AM
Edited by Skuau at 2-2-2022 11:05 AM

peniaga,pemandu pengangkutan awam...aku nengok...dh tak peduli pasal benda ni semua..xde sapa nk chek..ramai dh x scan..atau pura2 scan.
Quote ketupatnasi 2-2-2022 11:17 AM
Tgh bercoti somewhere in trg ni.. Kuatkuasa scan my sehajtera??
Ye ke tuuuuuu
Quote Artemesiaa 2-2-2022 11:21 AM
Hangat kejap je tu sikit lagi krik krik krik keluar cerita pasal benda lain pulak

Lihat semua komen(5)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

5-7-2022 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.084541 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top