|
Pelakon Nad Zainal selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada Selasa. Menurut Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 30, bayi seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara normal kira-kira pukul 2.50 petang.
"Alhamdulillah proses kelahiran berjalan lancar dan dipermudahkan," katanya kepada mStar. Menerusi perkongsian di Instagram pada Rabu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis ini memuat naik video suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin dan anak pertama, Fahad Ibrahim memangku bayi berkenaan. Tanpa menunjukkan wajah, bayi itu dilihat dibalut dengan kain berwarna merah jambu.
|

baby girl nama pun dia cakap nama melayu klasik..
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
1-2-2026 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.078713 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.