Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Medal khas "Senior Forumer" untuk yang daftar CARI dari tahun 2001 hingga 2010 sahaja. Untuk tebus, sila klik disini
CARI Infonet Portal Semasa Lihat artikel

Myvi, Bmw Dan Honda Civic- Lapan Kereta Pecah Cermin Depan Belakang, Angkara Siapa?

1-4-2021 09:21 AM Komen: 0
Cermin depan dan belakang lapan kenderaan yang didapati dipecahkan di kawasan tempat letak kenderaan Kota Damansara Driving Range, Petaling Jaya, semalam disyaki akibat perbuatan khianat.

Antara kenderaan terbabit seperti yang ditularkan di media sosial adalah Perodua Myvi, BMW dan Honda Civic.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata beberapa pemilik kenderaan terbabit sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Kota Damansara, hari ini.


Foto: Berita Harian

Bagaimanapun Ku Mashariman berkata, barang milik peribadi pemilik kenderaan berkenaan tidak hilang walaupun cermin kereta mereka dipecahkan.

"Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati, kawasan itu tidak dilengkapi kamera litar tertutup dan kawasan parkir kereta itu tiada pengawal keselamatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ku Mashariman berkata setakat ini, tiada butiran suspek yang diperoleh kerana tiada saksi yang melihat kejadian itu, namun usaha mengesan suspek sedang dibuat.

"Kami percaya semua kereta berkenaan dipecahkan menggunakan objek keras dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan, kerana melakukan khianat dan kerosakan.

Semalam, tular sebuah video menerusi akaun Facebook Wan Mahusin Wan Zain, yang memaparkan cermin beberapa buah kenderaan dipecahkan individu tidak bertanggungjawab, di sebuah tempat letak kenderaan di Petaling Jaya. CCARI

Sumber: BERNAMA

Apa Reaksi Anda...

Bagus
0
Marah
0
Terkejut
0
Sedih
0
Lawak
0
Bosan
0
0
0
Komen: 0
Komen

Anda Mungkin Meminati

Komen

Untuk komen,
sila login atau daftar sebagai ahli CARI sekarang!

Register  Login or Facebook Login

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2021 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
To Top