|
Selepas mendapat pelbagai persoalan dari peminat bola sepak, Tunku Mahkota Johor(TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil mendedahkan punca baginda berdiam diri mengenai isu bola sepak dalam negara.
Menerusi Insta Stories, TMJ memberitahu baginda sedang sibuk dengan isu banjir yang melanda negeri Johor dan akui tidak mempunyai masa untuk bercakap perihal bola sepak ketika ini. Selain itu, TMJ turut memberitahu antara sebab baginda berbuat demikian kerana menyifatkan terlalu ramai yang ‘bijak’ memberikan komen mengenai bola sepak.
Terdahulu, baginda pernah menafikan dakwaan telah memilih ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak untuk menguruskan pasukan negara selain menegaskan baginda tidak mempunyai kaitan dengan pasukan itu. Sumber: Murai
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.513705 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.