CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Demi Bitcoin, Sanggup Selongkar Tempat Sampah Selama 8 Tahun!

12-1-2022 06:41 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1443| Komen: 7|Original author: Agent13k

Description: Kita mungkin pernah terbuang barangan berharga secara tidak sengaja ke dalam tong sampah dan pasti menyesal sekiranya terlambat untuk mencarinya semula.
Kita mungkin pernah terbuang barangan berharga secara tidak sengaja ke dalam tong sampah dan pasti menyesal sekiranya terlambat untuk mencarinya semula. 

Kecuaian lelaki dari Newport, Wales ini menyebabkan dia tidak sengaja terbuang cakera keras (hard disk) Bitcoin.


kredit foto: Indipendent

James Howells dari Wales secara tidak sengaja terbuang barangan yang amat berharga dalam hidupnya iaitu cakera keras yang mengandungi mata wang kripto sebanyak 7,500 Bitcoin (harga sekarang RM 1.46 Billion).

Kejadian itu berlaku apabila James tidak sengaja menumpahkan air kopi ke atas komputer ribanya. 


Difahamkan, dia kemudiannya membuka komputer riba berkenaan dan menyimpan cakera keras yang bernilai itu ditempat yang selamat.



Pada satu hari, ketika sedang mengemas rumah untuk berpindah, dia secara tidak sengaja terbuang dua cakera keras yang pada waktu itu disangkanya tidak penting. 

Dia tidak menyedari yang salah satu cakera keras itu mengandungi "private key" untuk mengakses dan menggunakan Bitcoin miliknya hinggalah lapan berlalu dan dia masih menyelongkar timbunan sampah di tapak pelupusan di Newport.


kredit foto: Daily Express

Misi pencarian James itu mendapat perhatian Majlis Perbandaran Newport yang kemudian menyekat kemasukan sukarelawan dan James untuk mencari cakera keras berkenaan kerana penggalian tersebut akan menyebabkan kerosakan ekologi di kawasan berkenaan.


kredit foto: Metro

Ekoran itu, James berjanji untuk menyumbang sebanyak 25% daripada jumlah bitcoin miliknya kepada Majlis Perbandaran Newport sebagai "Dana Bantuan Covid-19" jika cakera keras itu berjaya ditemui, tetapi Majlis Bandaraya Newport tidak berganjak dengan keputusan mereka dan memaksa James mencari alternatif bagi mencari cakera keras berkenaan.

Ada barangan penting yang anda tak sengaja terbuang? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 12-1-2022 07:57 PM
Nak nangis pun tak guna meraung apa tah lagi..
Quote musangbodoh 12-1-2022 09:06 PM
aq pernah terbuang rantai emas, ray ban , slalunya duit
Quote Adrif 13-1-2022 12:20 AM
suspicious nya.. kalau betul bernilai.. kenapa publicize benda ni?
Quote allshares 13-1-2022 12:58 AM
Tah2 dah dijumpai oleh sorg atok yg penah gempar jumpe laptop penuh bitcoin tu dop? Tapi ni hard drive so mungkin bukan.
Quote KamikuP 13-1-2022 01:38 PM
Sekilo bitcoin brp ringgit?
Quote Lagubestbest 13-1-2022 01:41 PM
Ok lagi ni, ada mamat IT kat jepun sampai "hidup tak bermakna lagi" lepas terbuang bitcoin. Nak kerja pun tak boleh dah.
Quote chandrahusin 13-1-2022 03:36 PM
dh mcm dlm The Big Bang Theory
series The Bitcoin Entanglement
dr dlm computer Sheldon alih ke flash drive
Leonard plk tercicir flash drive kat book store

Lihat semua komen(7)

Kategori Berkaitan

ADVERTISEMENT


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-8-2022 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.165206 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top