CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Lelaki Sesat Masuk Hutan Lepas Terkejut Tengok Polis Belum Ditemui

12-1-2022 03:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1802| Komen: 17

Description: Akibat terkejut melihat rondaan polis, lelaki dipercayai sesat selepas bertindak melarikan diri ke kawasan hutan di Kampung Nelayan, Tok Bali, di sini, kelmarin
Akibat terkejut melihat rondaan polis, lelaki dipercayai sesat selepas bertindak melarikan diri ke kawasan hutan di Kampung Nelayan, Tok Bali, kelmarin.


Dalam kejadian pada 12 tengah hari, lelaki berusia 22 tahun terbabit dipercayai mahu membuang sampah dan berlari masuk ke kawasan hutan tebal sebaik melihat pihak polis.


Kredit foto: Utusan

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, mangsa dikatakan memasuki kawasan hutan berhampiran tempat pembuangan sampah, namun masih tidak pulang ke rumah.

Katanya, bimbang keselamatan lelaki itu, ahli keluarganya membuat laporan di Balai Polis Cherang Ruku, semalam.


"Kita sudah mengarahkan pusat operasi mencari pada 9.30 pagi tadi dengan kekuatan 44 anggota pelbagai agensi dengan fokus utama pencarian adalah di kawasan hutan itu.

"Hasil maklumat awal, lelaki itu dipercayai takut ketika terserempak dengan polis dan tidak dijumpai sehingga kini.

"Setakat dimaklumkan, mangsa tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan kita percaya dia mungkin tersesat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).


Seramai 44 anggota pasukan mencari lelaki yang dipercayai tersesat di dalam hutan selepas terkejut melihat rondaan polis di Kampung Nelayan, Tok Bali, Pasir Puteh. FOTO IHSAN PEMBACA/Harian Metro

"Operasi SAR dipecahkan kepada tiga kumpulan yang bertindak mencari mengikut grid pencarian masing-masing," katanya.

Sementara itu, Ketua BBP Pasir Puteh Azhar Elmi Mustofar berkata, pencarian mangsa dibantu Unit Dron Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Kita gunakan kaedah pencarian di permukaan dan sehingga kini pencarian membabitkan keluasan 1.5 kilometer persegi," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanies 12-1-2022 03:38 PM
alahai kesian. lari buat apa. ni mesti ada pape
Quote cmf_premierleag 12-1-2022 03:39 PM
Motif larikan diri dr polis?
Last2 hilang camtu jah
Quote chinta89 12-1-2022 03:44 PM
kenapa lari... selain tekaan ada buat salah, mgkin ada sebab lain?
Quote supernaturalee 12-1-2022 03:51 PM
kena sorok kotttttttt





Quote ninja boy 12-1-2022 04:00 PM
X buat jenayah kenapa mesti lari
Quote eyansss 12-1-2022 04:12 PM
ye ke nak buang sampah?  ye ke sesat?  ke dah lari menyorok rumah kawan...
Quote Adrif 12-1-2022 04:55 PM
ninja boy replied at 12-1-2022 04:00 PM
X buat jenayah kenapa mesti lari

pergi buang sampah depan rumah je kut. tapi dia tak pakai facemask

tekaan aku tak pakai facemask je la. nampak polis tak pakai facemask, kalau kena dakwa kena RM10k eh

aku pun lari masuk hutan gitu  
Quote capiloton 12-1-2022 04:58 PM
Edited by capiloton at 12-1-2022 04:59 PM
Adrif replied at 12-1-2022 04:55 PM
pergi buang sampah depan rumah je kut. tapi dia tak pakai facemask

tekaan aku tak pakai facemask  ...

betul la tu tak pakai mask.
owner lembu teman lembu makan tepi jalan kena saman,
pegi kubur takde orang lain pun kena saman,
dengan trend buduh sekarang ni, kalau aku pun lari nampak polis



Quote Adrif 12-1-2022 05:03 PM
capiloton replied at 12-1-2022 04:58 PM
betul la tu tak pakai mask.
owner lembu teman lembu makan tepi jalan kena saman,
pegi kubur takde o ...

itu la. kalau ikutkan peraturan asal, SOP facemask ni wajib pakai bila di tempat awam yang ada orang ramai, atau sesak
tapi kalau takde orang sekeliling, boleh je tak pakai

contohnya, macam aktiviti sukan, berjogging bagai. tak wajib pun pakai facemask

lain kali kalau polis nak saman orang baca yaasin kat kubur tu, "Maaf pak, gue lagi jogging di sini. Adios.", dan terus langkah 1000
Quote Artemesiaa 12-1-2022 06:00 PM
Kalau tak pakai face mask dendanya bukan saman bukan kena naik court pun sekadar kompaund je masih boleh runding kenapa nak gelabah.
Quote musangbodoh 12-1-2022 10:22 PM
nk buang sampah je kot...
Quote namr 12-1-2022 10:44 PM
Dh kenapa lari?ko buat salah ke
Quote matchstick 12-1-2022 10:59 PM
Kurex taknak bersemoga kt abg polis dpn sekali tu ke
Quote Decaffeinated 12-1-2022 11:06 PM
Dah dia takut polis ko hantar lagi ramai. Makin jauh la dia lari.

Quote sekngucing 12-1-2022 11:23 PM
bukan ada hutan sangat pun area sini..lebih pd bakau
Quote KamikuP 13-1-2022 03:02 PM
Kene ngap ngan sawa kot
Quote tumpanglalu74 14-1-2022 03:46 PM
WhatsApp-Image-2022-01-12-at-11.14.39.jpg

Lihat semua komen(17)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

30-9-2022 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.078867 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top