|
DI sepanjang konsert jelajah, Bangerz, pelantun lagu, Adore You, ini terpaksa menempuh pelbagai cabaran dan tidak kurang juga kontroversi. Jika sebelum ini, bas jelajah yang dinaiki ibu dan adiknya turut terbakar, Miley Cyrus, kembali diduga lagi. Dikhabarkan, anjing kesayangannya, bernama Floyd, mati ketika bintang ini sibuk dengan konsertnya. "Ini adalah hari terburuk kedua dalam hidup saya. Floyd sudah tiada dan jiwa saya kosong. "Saya tidak dapat memberikan konsentrasi di konsert yang akan datang. Namun, saya cuba untuk berikan yang terbaik," katanya. Cyrus mula memelihara Floyd sejak 2011 dan dia pernah kehilangan anjingnya, Lila pada 2012. ![]()
|
haha~

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
3-2-2026 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.041435 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.