CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4451|Reply: 2

[Tempatan] JAIM pecat setiausaha masjid didakwa tonton video lucah

[Copy link]
Post time 27-1-2026 05:56 PM | Show all posts |Read mode
JAIM pecat setiausaha masjid didakwa tonton video lucah
Oleh Farhana Yaacob - Januari 27, 2026 @ 2:51pm
facebook sharing buttonwhatsapp sharing buttontwitter sharing button

Rahmad bercakap dalam sidang media di Bangunan JAIM Bukit Palah, di sini, hari ini. Foto NSTP/FARHANA YAACOB

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menamatkan perkhidmatan setiausaha sebuah masjid di Bukit Baru yang terpalit dengan kontroversi rakaman video lucah tular di media sosial baru-baru ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Masjid (JKTU) yang diadakan pagi tadi.

Katanya, setiausaha itu juga turut mengemukakan surat peletakan jawatan kepada JAIM.

Beliau berkata, peletakan jawatan itu diterima sekali gus menamatkan tugas individu terbabit sebagai setiausaha masjid serta pengerusi sebuah surau kampung di Paya Ikan, yang kedua-duanya adalah lantikan di bawah JAIM.

"Mesyuarat JKTU sudah membincangkan perkara ini dan kita mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan beliau berdasarkan surat peletakan jawatan yang diterima," katanya ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat JKTU di Bangunan JAIM Bukit Palah, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Rahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek berkata, status imam tiga atau imam rawatib yang merakamkan video berkenaan diserahkan sepenuhnya kepada jawatankuasa masjid.

Katanya, pelantikan imam terbabit bukan dibuat melalui JAIM, sebaliknya dilantik oleh jawatankuasa masjid dan menerima elaun daripada pihak berkenaan.

"Oleh itu, jawatankuasa masjid diberi kuasa untuk menerima atau menolak peletakan jawatan imam itu," katanya.

Sementara itu, beliau berkata sehingga kini pihaknya masih belum mengenal pasti individu yang bertanggungjawab menyebarkan rakaman video tular berkenaan.

Rabu lalu, Berita Harian melaporkan isu tular video memaparkan seorang lelaki sedang menonton video lucah dipercayai di dalam pejabat sebuah masjid di Bukit Baru, di sini.

Video berdurasi satu minit 59 saat di media sosial memaparkan seorang lelaki yang didakwa setiausaha masjid, serta dikaitkan dengan sebuah parti politik, sedang leka menonton video lucah di dalam sebuah bilik dipercayai pejabat masjid.

Perbuatan lelaki itu dirakam individu lain sebelum mengetuk tingkap dan pintu pejabat berkenaan.

Individu di dalam pejabat kemudian membuka pintu namun menafikan melakukan sebarang perbuatan salah.

Menurut perakam video itu, rakaman dibuat sebagai bukti kejadian yang didakwa berlaku pada jam 9.13 pagi, 27 Disember lalu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2026 07:33 PM | Show all posts
Menurut perakam video itu, rakaman dibuat sebagai bukti kejadian yang didakwa berlaku pada jam 9.13 pagi, 27 Disember lalu.

Baru habis Dhuha ka? Kalu takada benda nak buat pi la tolong vacuum carpet ka, siram pokok bunga tepi masjid ka, susun rak kitab ka, check microphone ka....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Imam pun letak jawatan,setiausaha di pecat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 08:18 PM GMT+8 , Processed in 1.994942 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list