CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 21018|Reply: 9

[Politik] Rasuah: Kisah kera dan beruk yang meminati pisang

[Copy link]
Post time 27-1-2026 06:23 PM | Show all posts |Read mode

Rasuah: Kisah kera dan beruk yang meminati pisang



Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbahas isu rasuah yang dianggap remeh dan beliau mengaitkan seperti kisah dua ekor kera dan beruk yang meminati buah pisang.



Rakaman penuh sidang dewan sesi pagi 27/1/2026


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2026 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Anjing salak bukit, ribut dlm cawan, parti nyamuk, apa lagi tah..

Byk betul bahasa mcm ni, 2 lori pemimpin mcm PMX parti lobai ada, katanya, hebat. Org nk tgk, tertunggu2 nih ha sapa nk jadi ketua gabungan2 nk lwn dlm pru hehe
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 07:32 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 27-1-2026 12:38 PM



`Beruk-beruk ini selamat, pegawai jadi kambing hitam, kena sembelih'


https://youtu.be/viymc4dvV18


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mendakwa tindakan undang-undang terhadap jenayah rasuah di negara ini masih lemah, dengan hanya dikenakan kepada mereka yang menerima rasuah, selain dilaksanakan secara terpilih.

Presiden PAS itu, berkata beliau juga meragui tindakan yang diambil pihak berkuasa dalam sesetengah kes, yang kemungkinan membabitkan pegawai yang menjadi `kambing hitam'.

"Sepatutnya, tindakan diambil kepada ketiga-tiga pihak, diambil pada pihak yang beri rasuah, terima rasuah dan orang tengah.
"Apa yang berlaku, tindakan (hanya) kepada yang terima rasuah, yang sogok dan orang tengah tidak diberi (tindakan), kononnya nak dapat pertolongan, nak jadi saksi dan sebagainya.

"Maka, berlakukan kelemahan dalam tindakan undang-undang dan langkah yang diambil," dakwa beliau ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Menggunakan anologi beruk dan kera yang berebut sebiji pisang, Abdul Hadi turut membangkitkan mengenai projek dan perolehan kerajaan yang gagal kerana kewujudan orang tengah mengaut keuntungan.

"Beruk potong pisang berat sebelah, sehingga tinggal kulit, baru kera dapat. Ini yang berlaku, kenapa projek gagal, projek hospital tak lulus, senjata tak sampai, beli senjata `second hand', kenapa?

"Duit habis tengah jalan, dicantas oleh beruk yang jaga `road block' ini. Ada yang ambil 10 peratus, lima peratus tengah jalan, menyebabkan akhirnya bajet tak cukup. Bajet lulus cukup setiap tahun tapi bila sampai masa nak laksana, tidak cukup. Ini berlaku kelemahan," dakwanya.
Abdul Hadi turut mendakwa, tindakan undang-undang juga dilaksanakan secara terpilih, dengan mereka yang menyokong kerajaan tidak dikenakan tindakan.

Selain itu, beliau mendakwa, tidak mustahil ada pegawai yang menjadi kambing hitam kepada orang atasannya dalam kes rasuah kerana tidak berani berterus-terang.

"Beruk-beruk ini selamat, pegawai jadi kambing hitam, kena sembelih. Sebab itu, saya meragui orang yang dedahkan nama-nama pegawai ini, bukan tentera saja, semua jawatan yang didedahkan ini.

"Mungkin ada beruk-beruk besar (di sebaliknya). Pegawai ini dipaksa takut kepada beruk, terpaksa kena buat (perbuatan rasuah), maka berlakulah tindakan begitu rupa," dakwanya.


Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 07:44 PM | Show all posts
"Sepatutnya, tindakan diambil kepada ketiga-tiga pihak, diambil pada pihak yang beri rasuah, terima rasuah dan orang tengah.

-Tangan yang memberi lebih mulia dari yang menerima. Apatah lagi yang diterima itu adalah rasuah.

Pemberi rasuah bukan orang pemalas. Mereka nak business cuma peluang susah dapat. Lepas dapat projek mereka kerja kuat for profit. Yang terima tu mana ada buat kerja susah apa. First target wajib penerima.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 09:55 PM | Show all posts
amende ni wei

sangat mental gymnastic ketika membacanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2026 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Beruk ambil share lebih, kemudian beri kepada kera
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2026 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo yamat org tua ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2026 10:34 PM | Show all posts
sepatutnya dia lebih spesifik. terlalu umum mcm ni, jadikan isu ini kabur... sebab setiap kes berbeza..

contoh klu kau nak tangkap orang yang ambik rasuah, mungkin penyiasa akan tawar something supaya satu pihak yang terlibat rasuah ini mengaku, dan ini akan licinkan penyiasatan..

sebab dia ni pembangkang, cakap umum spt ini, tak ada maknanya, vibe tindakan kerajaan lebih besar dari apa yang dia cakap, kerajaan dah mulakan operasi tangkap orang yang terlibat rasuah even dari kalangan vip... dia cuma ikut ikutan, apa yg dia cakap ini kelihatan spt cuma menumpang shj... sepatutnya dia kena lead

dan kalau lihat daru sisi bigger picture, knp dia kelihatan tiba2 bercakap pasal rasuah ni.. rasuah bukan fokus dia dari dulu, dulu pun dah berlaku rasuah knp baru dia bercakap skrng, tak siap itu, ini..dia nak cakap pasal kes tentera tu kah.. kes tu belum pun mula perbicaraan..

dan dia ni dari sisi ketokohan politik, dia ni dah ketinggalan zaman... perlu resign
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2026 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia cuma layak mengajar agama di masjid dia aje. Tak mampu nak bagi hujah secara spesifik dalam parlimen. Dia tujukan gelaran itu kepada siapa? Kerajaan skrg mmg sedang perangi rasuah. Ramai pun sudah ditangkap. Nak salahkan kurang didikan agama? Setiap orang yang ditangkap tu belajar pendidikan islam dari sekolah rendah lagi. Rasuah ni berlaku apabila pelaku tu ada peluang dan ia boleh dikawal jika kita tutup peluang tu melalui process dan procedure baru. Kalau nak hujah pasal dosa dan pahala sahaja si pelaku tu tak ambil peduli pun.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2026 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Rdizz replied at 27-1-2026 07:01 PM
Anjing salak bukit, ribut dlm cawan, parti nyamuk, apa lagi tah..

Byk betul bahasa mcm ni, 2 lori  ...

Tebuk Atap, Monyet masuk rumah ikut atap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.225632 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list