|
View: 24791|Reply: 5
|
[Jenayah]
Polis buka siasatan video lelaki baling kon di Plaza Tol LDP
[Copy link]
|
|
|
Polis buka siasatan video lelaki baling kon di Plaza Tol LDP
Oleh Nor Azizah Mokhtar - Februari 9, 2026 @ 1:46pm
KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan susulan penularan satu video di media sosial memaparkan insiden seorang lelaki membaling kon lalu lintas serta mengeluarkan kata-kata mengaibkan di Plaza Tol Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP).
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata pihaknya menerima satu laporan polis berhubung video tular itu selepas dikesan di Facebook pada awal pagi tadi.
Beliau berkata laporan dibuat seorang anggota polis kira-kira jam 1.37 pagi selepas mengesan satu hantaran video bertajuk 'Pemandu Axia naik hantu baling kon di Plaza Tol Petaling Jaya LDP'.
"Rakaman itu memaparkan seorang lelaki menaiki sebuah kenderaan jenis Perodua Axia yang dipercayai memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba sebelum bertindak membaling kon ke arah sebuah kenderaan lain ketika keadaan trafik sesak di plaza tol berkenaan.
"Semakan awal mendapati hantaran video itu mendapat perhatian orang ramai di media sosial," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Wan Azlan berkata setakat ini, pemilik kenderaan yang terbabit masih belum tampil membuat laporan polis.
"Kita minta pemilik kenderaan berkenaan supaya tampil bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.
"Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil serta Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Pihak polis sedang berusaha mengesan pemilik kenderaan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kejadian itu," katanya.
Beliau turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan insiden berkenaan supaya tampil menyalurkan maklumat dan menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.
Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Mohammad Faiz Naufal Zakaria di talian 019-485 8907 atau mana-mana balai polis berhampiran.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak paham video tu.pehal ko baran sgt ni?apa yg ko triggered sgt?kamera mangsa kalo dengar loghat ummah US kan?mmg sahla kena report |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa yenna padi apa tu marah dia nak sailing ke tepi ke apa? Kau baling kon pastu mamat tu kuar kau carut je? Itu je? Pi la gocoh org tu takut lak ye org tu kut badan mcm The Undertaker. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Btw, kalau kereta axis tu the only keta yg mampu, dekk jgn la buat hal. Bak kata paknil, "Selesaikan masalah dengan bercerai. Cerai bro! Cerai Sis!” |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kitty_catz at 10-2-2026 12:48 AM
dia ingat axia ni size kecik mcm konek dia.. boleh selit sana sini, sekali org tak give way, marohh laaa
meols bukan nak kata apa la kan... meols hari2 kena masuk satu junction yg kena bagi way for keta belah kiri.. n usually keta akan kasik masuk selang seli... tp kalo lorry ka, set2 axia kompang ka , myvi ka.. toksah lah.. depa lagi cucuk rapat tak nak kasik padahal depan tu mmg t/light, hang tak untung banyak mana pun
dari panglaman meols udah berbleas tahun duk sini, plg senang give way keta sama brand 
tu ongkata bior keta yg bifoti, jgn mentality bifoti udahhh noks
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|