CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 12660|Reply: 2

[Tempatan] berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia

[Copy link]
Post time 9-2-2026 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 9-2-2026 11:28 PM

Selama dua minggu, penduduk di sekitar Parit Buntar dan Nibong Tebal hidup dalam ketakutan

.

Kelibat ‘pocong mengamuk’ yang didakwa menghantui kawasan tersebut bukan sahaja mencetuskan kegusaran, malah membuatkan ramai yang kecut perut untuk keluar rumah pada waktu malam.


Namun, misteri yang menghantui dua wilayah ini akhirnya terjawab malam tadi apabila ‘makhluk’ tersebut berjaya ditangkap.

Rupanya, ia bukanlah entiti dari alam ghaib, melainkan seorang pemuda yang tidak cukup kerja.

Ditumpaskan Ketika ‘Live’
Kejadian lucu tapi menyakitkan hati ini berlaku di Parit Kasa apabila seorang pempengaruh yang sedang melakukan rakaman secara langsung (Live) tersempak dengan kelibat tersebut.

Walaupun cuba melarikan diri, ‘pocong’ berbaju putih dan berseluar sukan itu akhirnya berjaya dipintas.

Saat dipaksa membuka kain telekung yang membalut tubuhnya, terbongkarlah wajah sebenar seorang pemuda berusia lingkungan 20-an yang sanggup berbuat demikian demi sebuah “prank”.

“Bukan Nak Prank Abang, Nak Prank Kawan Saja…”
Dalam keadaan terdesak dan ketakutan selepas ditahan, pemuda yang berasal dari Batu 4 itu mula merayu simpati.

“Sorry la bang, saya nak prank kawan saja bukan nak prank abang,” katanya yang mendakwa dihantar oleh rakannya ke lokasi tersebut semata-mata untuk mengusik orang yang lalu-lalang.

Diserah Kepada Jawatankuasa Penduduk
Walaupun niat asalnya sekadar mahu bergurau dengan rakan-rakan, namun gurauan tersebut nampaknya memakan diri.

Pempengaruh terbabit telah menyerahkan pemuda tersebut kepada ahli jawatankuasa (AJK) penduduk kampung untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian memaklumkan bahawa setakat ini tiada sebarang laporan rasmi diterima mengenai kejadian tersebut.

Sumber
Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2026 12:04 AM | Show all posts
kalo x merempit

nyamar jadik pocong

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2026 12:10 AM | Show all posts
Persistent.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 19199 Replies : 2
JUST-IN: Epstein Files pt. 2
Tumpang-SibokJUST-IN: Epstein Files pt. 2
Views : 49823 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 10831 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31876 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19929 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 07:09 AM GMT+8 , Processed in 1.088779 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list