CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
123Next
Return to list New
View: 3295|Reply: 47

[Tempatan] 11juta lebur, Velodrom Rakyat diarah roboh kjaan negeri harus bertanggungjawab

[Copy link]
Post time 2-11-2017 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Velodrom Rakyat diarah roboh
UCI dakwa pembinaan baik pulih berjumlah RM11j tidak ikut spesifikasi

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengarahkan Velodrom Rakyat yang baharu selesai dibaik pulih di Ipoh dirobohkan kerana gagal mengikut spesifikasi pembinaan yang ditetapkan badan induk dunia itu.

Arahan tersebut dikeluarkan ketika mesyuarat Ahli Lembaga Pengurusan Eksekutif UCI di Beijing, China beberapa hari lalu selepas mendapati kontraktor pembinaan yang dilantik untuk melakukan kerja-kerja baik pulih yang menelan belanja RM11 juta itu masih gagal mematuhi status homologation.

Homologation adalah proses mengesahkan semua spesifikasi yang dibina di Velodrom Rakyat menepati piawaian UCI.

Menurut sumber yang rapat dengan kerajaan negeri Perak, UCI membuat keputusan itu selepas pegawainya dua kali datang tahun ini melakukan pemeriksaan ke atas velodrom pertama negara itu namun masalah sama kekal gagal diperbaiki oleh kontraktor berkenaan.

Arahan perobohan itu ternyata memberi tamparan hebat kepada kerajaan negeri memandangkan Perak akan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) Ke-19 tahun depan dengan Velodrom Rakyat yang struktur pembinaannya menggunakan kayu sepenuhnya bakal menjadi venue utama acara basikal trek yang semakin popular di negara ini.

“Kerajaan negeri amat kecewa dengan perkembangan ini kerana segala perbelanjaan yang dikeluarkan berjumlah RM11 juta hanya sia-sia begitu sahaja. Arahan UCI untuk merobohkan Velodrom Rakyat dan mengarahkannya dibina semula suatu tamparan hebat kepada kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri sendiri, jika ada duit sekali pun untuk membinanya semula, tidak pasti sama ada (Velodrom Rakyat) sempat disiapkan sebelum berlangsungnya Sukma tahun depan. Bayangkan apabila duit hendak bina semula pun belum tentu ada lagi.

“Kalau keadaan bertambah buruk dan masalah ini tidak dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini, kemungkinan acara lumba basikal trek terpaksa digugurkan daripada Sukma 2018 oleh pihak penganjur,” kata sumber itu kepada Utusan Malaysia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2017 03:47 PM | Show all posts
jgn la roboh.....buat la tempat bela ayam ke apa......
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoiii..sia2 buat keja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 03:56 PM | Show all posts
kontraktor tu sedap2 bedal 11 jota wang rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 03:58 PM | Show all posts
RM 11 juta bodoh2 habis macam tuh jerk...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan umngok kesayangan cacai2 sial sekalian. 11juta dibuang sebegitu jah dek projek kroni yg cam cibai. @kaktomnew @whitemagic @rashiman @bioessence
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2017 04:01 PM | Show all posts
Buat jer kat Velodrome Nilai. Habis cerita.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 04:01 PM | Show all posts
astaghfirullah apa la nak jadi ni.mangkok hayun betul.velodrom rakyat tu ..mmg pakai duit rakyat pun.aku ingat lagi ...masa tu aku sekolah rendah ..kutip derma..ada larian lah apa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2017 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kontraktor tu baikpulih apa smpi 11 juta ?
klu baikpulih banggunan roboh masuk akal jgak smpi 11juta
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 04:09 PM | Show all posts
saman balik kontaktor yang buat tu..
membazir betul..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat lah skolah tahfiz dek.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 04:16 PM | Show all posts
nobito replied at 2-11-2017 04:12 PM
Buat lah skolah tahfiz dek.

skolah tahfiz pun runtuh klau disub kepada geng lahnat
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 04:25 PM | Show all posts
mana details kontraktor nak tengok, dokumen kelulusan semua bai mai nak tengok, giler
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 04:26 PM | Show all posts
ntah ntah 11 juta tu tukar papan 3 keping je

kos baik pulih 11 jota takkan masih tak memenuhi piawaian badan induk
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 04:34 PM | Show all posts
tulah...bagi sgt dkt kroni kan...umum mengenali umngok dgn rasuah & kroni memang sebati...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 04:35 PM | Show all posts
10juta masuk poket, 500k masuk poket lagi, baki 500k baru guna buat apa yang patut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2017 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
11 juta hilang camtu jaaa... hebat mung...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 04:37 PM | Show all posts
pundek. beri projek pada kroni ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 04:39 PM | Show all posts
harap macc siasat kontraktor mana dan ahli politik mana yang buat taik ni...  
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2017 04:50 PM | Show all posts
kontraktor ni bina pakai spec apa? bengong gini pun dpt projek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 07:44 PM GMT+8 , Processed in 1.757176 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list