SETELAH lapan bulan menjalinkan cinta, seorang ahli bina badan Kazakhstan mengumumkan membuat lamaran seorang gadis.
Namun apa yang mengejutkan orang ramai, gadis yang menjadi pilihan hatinya adalah sebuah boneka silikon!
Mirror.co.uk melaporkan Yuri Tolochko bersama teman wanitanya yag dikenali sebagai Margo telah pun tinggal bersama selama lebih setahun sebelum meluahkan hasrat untuk mengahwininya.
Malah, Yuri sepatutnya melangsungkan majlis perkahwinan pada Mac lalu namun terpaksa ditunda akibat pandemik Covid-19.
Akhirnya, pasangan ini disatukan dalam sebuah majlis yang cukup meriah yangmana dihadiri keluarga dan rakan terdekat Yuri pada penghujung November lalu.
Di majlis tersebut, kelihatan Margo lengkap memakai gaun putih.
Walaupun Yuri kelihatan seperti pengantin lelaki yang sempurna, pasangan itu terus menari tarian romantis di hadapan puluhan tetamu hadir.
Difahamkan pasangan ini bertunang pada Disember tahun lalu dan Yuri mengatakan percintaan mereka benar-benar serius pada tahun 2020.
Selain itu, Yuri, turut sentiasa berkongsi momen dari hari ke hari di laman Instagramnya bersama pasangan tercinta.
Katanya, dia sangat menyukai Margo kerana patung silikon itu boleh melakukan apa yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain.
Post time 7-12-2020 01:50 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Kau dah kenapo Yuri?? Rosak 2 sel otak aku baca berita ni. Pengantin dah biol tapi family dan kawan2 celebrate macam ini perkara normal tu dah kenapo??
Post time 7-12-2020 06:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Ahli bina badan ni dah sah mental tapi pada aku yg paling sah mental dalam hal ni ialah semua tetamu yg hadir yg meraikan dan paderi yg mengahwinkan dia ni
Post time 7-12-2020 07:24 AMFrom the mobile phone|Show all posts
noor2 replied at 6-12-2020 02:54 PM
Ahli bina badan ni dah sah mental tapi pada aku yg paling sah mental dalam hal ni ialah semua tetamu ...
Orang yang sakit mental tidak mampu define happiness orang lain dan hanya ikut perspective diri sendiri ... Selagi tidak kacau orang.. Ambil bini /husband/kekasih orang.. Tidak siapa perlu kisah pun tidak involve hurt feelings 3rd party.. Decision pada tangan sendiri..