|
View: 10114|Reply: 4
|
[Tempatan]
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
[Copy link]
|
|
|
Edited by YgBenar at 11-2-2026 07:49 PM
Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang, nilai RM5,000 itu sudah dikira mewah untuk hidup yang selesa di bandar dengan keluarga yang kecil.
Namun, tindakan seorang lelaki yang berhasrat meninggalkan kerjaya stabil demi menjadi rider penghantar makanan nampaknya telah mencetuskan perdebatan hangat.
Segalanya bermula apabila seorang isteri meluahkan rasa bimbang di media sosial selepas suaminya menyuarakan keinginan untuk berhenti kerja pejabat.
Meskipun memiliki pendapatan tetap lebih RM5,000, dakwanya pengurusan baharu yang toksik dan stres yang melampau membuatkan pekerjaan ‘rider’ dilihat lebih menarik apatah lagi fleksibel sekaligus boleh menjadi bos sendirilah kalau ikut istilah zaman sekarang.
“Kalau dia buat lala fulltime, boleh ker dpt gaji mcm tu..puas da saya nasihatkan untuk stay kerja..tapi tulaaaaa..,” soalnya dengan nada risau
.Walau bagaimanapun, perkongsian itu nampaknya telah menerima nasihat pedas dari komuniti penghantar makanan itu sendiri buat suaminya.
“Nasihat saya jangan! biar pening kepala dalam kerja jgn pening kepala time duit takda. lala bukan tmpt nak buat income kukuh!”.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dh elok2 keje dpt gaji yg ok.. nak tukar jd rider pula.
Ingat keje tu gaji tetap ke.
Baik fikir panjang sblm ambil keputusan resign |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Office toksic seeloknya kasi report ja, dan pi cari kerja lain, office yg toksik menghasilkan pekerja mental problem |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
lah.. cari lah kerja tempat lain bina kerjaya... ada ke patut tukar jadi rider.......... career dan job hal berbeza... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh pompuan ni. Ko pulak sibuk pening. Ko pergi la kerja. Kalau ko dok umah memang ler laki ko pun malas kerja. Kalau kau bekerjaya dia segan ler sikit nak jadi rider |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|