|
Hanya kerana berebut tanah, tiga sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak maut digilis traktor dipandu seorang lelaki di Madhya Pradesh, daerah Hoshangabad, dekat sini. Mangsa dikenali sebagai Rajendra Yaduvanshi, 35, Kunwar Yaduvanshi, 32 dan kanak-kanak berusia 11 tahun.
Kejadian dipercayai berlaku apabila seorang lelaki dipercayai dengan sengaja melanggar ketiga-tiga individu itu selepas berlaku pertikaian berhubung tanah. Ia hanya disedari selepas lelaki itu menyerah diri di balai polis bersama traktor dipandunya. Suspek kini ditahan atas kesalahan membunuh, kata polis. Sejak kejadian itu, pihak polis berkumpul di kampung berkenaan kerana dikhuatiri berlaku ketegangan di situ. Sumber: Harian Metro
|

underground replied at 29-11-2020 12:30 PM
hikmah dari pergaduhan ini, semua dapat tanah.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 05:50 AM GMT+8 , Processed in 1.025425 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.