|
Baru-baru ini, kecoh Intan Najuwa dikatakan unfollow Instagram tunangnya menyebabkan ramai membuat andaian bukan-bukan mengenai pasangan itu. Eh, tapi pasangan itu dilihat mesra seperti biasa macam tiada apa-apa yang berlaku pun?
Menurut Gempak yang memuat naik tangkap layar IG Story Intan, dia dan tunangnya, Razrul Anwar Rusli seolah-olah tidak terkesan dengan isu panas membabitkan foto mesra aktres itu dengan Zul Ariffin, baru-baru ini. Elok je Intan keluar makan malam dan bergurau senda bersama tunang yang dikatakan sedang diet. "B, you bukan nak diet ke," sakat Intan sambil ketawa. Intan sebelum ini mencetuskan spekulasi apabila dia 'archive' beberapa keping foto bersama tunangnya hingga ada yang mengandaikan hubungan pasangan itu sedang goyah. Eh, macam-macamlah awak ni Intan. - CARI
|



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
2-2-2026 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.034796 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.