CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2650|Reply: 4

[Jenayah] EXCO Terengganu didakwa salah guna kedudukan dapatkan suapan untuk 2 anak

[Copy link]
Post time 24-2-2026 12:55 PM | Show all posts |Read mode
EXCO Terengganu didakwa salah guna kedudukan dapatkan suapan untuk 2 anak
Oleh Nazdy Harun - Februari 24, 2026 @ 11:13am


KUALA TERENGGANU: EXCO Terengganu, Datuk Hanafiah Mat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan suapan membabitkan ahli keluarganya.

Tertuduh yang juga EXCO Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan hadapan Hakim Azman Mustafa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pengerusi Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB) untuk mendapatkan suapan bagi anak kandungnya, Mohd Najmi Hanafiah, pada 15 Ogos 2020.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa melakukan perbuatan sama pada 18 Jun 2020 bagi mendapatkan suapan untuk seorang lagi anak kandungnya, Ahmad Kamil Hanafiah.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat EPIC Berhad, Tingkat 2, Bangunan Annexe, Pangkalan Bekalan Kemaman, Teluk Kalong, Kemaman.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Terdahulu, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon jaminan RM50,000 terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM setiap bulan.

Tertuduh diwakili peguam Mohd Fadly Hashim.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rabiatul Addawiah Mohd Noorlee.

Peguam tertuduh melalui rayuan memohon pasport tertuduh tidak diserah kepada mahkamah atas alasan tidak berisiko melarikan diri.

Selain itu, tertuduh juga sebagai seorang ADUN dan mempunyai tanggungan dua isteri serta 13 orang anak.

Mahkamah menetapkan 12 April ini untuk tarikh sebutan semula kes untuk pengurusan kes.

Terdahulu, puluhan penyokong hadir di pekarangan Mahkamah Sesyen bagi memberi sokongan moral terhadapnya.

Hanafiah tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.13 pagi



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-2-2026 01:00 PM | Show all posts
'Pertuduhan mahkamah terhadap saya tak ganggu tugas' - Hanafiah
Oleh Nazdy Harun - Februari 24, 2026 @ 12:57pm

KUALA TERENGGANU: Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Terengganu, Datuk Hanafiah Mat, 66, yang berdepan dua pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan membabitkan anak kandungnya, akan meneruskan tugasnya seperti biasa.

Hanafiah berkata, beliau mendapat arahan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, untuk meneruskan tugas EXCO.

"MB (Menteri Besar) sudah keluar arahan tadi untuk saya meneruskan tugas seperti biasa.

"Insya-Allah, saya akan jalankan tugas itu, kerja saya tidak terganggu," katanya ditemui di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Hafiah berdepan dua pertuduhan dan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen, Azman Mustapha, menetapkan jaminan RM30,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes pada 12 April depan selepas kedua-dua pertuduhan dibaca secara berasingan.

Selain itu, Hanafiah juga perlu melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu sebelum 5 hari bulan setiap bulan.

Hanafiah berkata, walaupun berdepan pertuduhan di mahkamah, namun ia tidak mengganggu tugasnya sebagai EXCO kerajaan negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai.

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2026 01:22 PM | Show all posts


ya ampun... satu satu skandal terkeluar.. haha

Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2026 01:48 PM | Show all posts
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kedudukannya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pengerusi Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB) untuk mendapatkan suapan bagi anak kandungnya, Mohd Najmi Hanafiah, pada 15 Ogos 2020.

Pa alip sin pun sakau sakau?
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2026 02:03 PM | Show all posts
Lain Kali siapa yang bersalah dalam kes rasuh ajak merek makan Babi di restaurant cina.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2026 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.600198 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list