|
View: 11726|Reply: 3
|
[Tempatan]
Kisah B40: Pok Jet tak kisah berhutang, berlapar asal dapat beri haiwan terbiar makan
[Copy link]
|
|
|
ZAINAL Abidin Mohd Noor (kiri) bersama Mohd Yusof melihat kawasan tempat haiwan terbiar makan di Kampung Padang Bual, Hulu Besut, di sini. FOTO Nurul Fatihah Sulaini
Besut: "Saya sanggup tahan lapar dan berhutang untuk beli makanan asalkan haiwan terbiar yang berkeliaran di kawasan rumah tidak kelaparan," kata Zainal Abidin Mohd Noor, 56.
Pencinta haiwan yang lebih dikenali sebagai Pok Jet berkata, sebelum ini dia tinggal bersama keluarga namun membuat keputusan untuk berpindah tinggal seorang diri.
"Walaupun pendapatan sebagai penjual dalam talian tidak menentu namun saya tetap memperuntukkan sekurang-kurangnya RM 100 sehari untuk membeli makanan haiwan.
A
"Saya akan pastikan hutang makanan itu akan terus dibayar sebaik sahaja mendapat bayaran komisen jualan.
"Setakat ini terdapat 30 ekor kucing terbiar yang dipungut serta dibawa pulang ke rumah untuk dijaga," katanya ketika ditemui di Kampung Padang Bual, Hulu Besut, di sini, hari ini.
Katanya, dia juga turut membela dua ekor kambing yang dianggap sebagai 'kawan baik' kerana haiwan itu sangat jinak serta sering berdamping dengannya setiap masa.
"Saya turut membela kira-kira 60 ekor ayam kampung di kawasan rumah," katanya.
Katanya, kawasan rumahnya sering menjadi tumpuan haiwan terbiar untuk mencari makan termasuk anjing liar yang berkeliaran di kawasan berkenaan.
"Pada awalnya beberapa ekor sahaja anjing yang datang tetapi lama kelamaan meningkat kepada 12 ekor.
"Saya tidak sampai hati melihat haiwan terbiar dalam kelaparan, sebab itu saya berusaha menyediakan makanan seperti ayam yang direbus kemudian digaul dengan nasi," katanya.
Disiarkan pada: Februari 22, 2026 @ 4:43pm |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Pencinta haiwan yang lebih dikenali sebagai Pok Jet berkata, sebelum ini dia tinggal bersama keluarga namun membuat keputusan untuk berpindah tinggal seorang diri.
ni mesti ada backstory
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
dah ade ayam,60 ekor mesti ade yg bertelur,da boleh buat duit tu,
kambing pun nt mesi ada hasil ,tp kalau keduanya jantan kena tambah denak la |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kamben liar kasi susu...sindiri tada makan kasi salah kita bangla kija tanpa pimit. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|