|
|
Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Shariah Bank Negara didakwa bersubahat berniaga dalam sekuriti tanpa lesen sah
Ahmad Johari Mohd Ali - Februari 23, 2026 @ 11:56am
KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Shariah (SAC) Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dakwaan bersubahat berniaga dalam sekuriti tanpa lesen sah, tiga tahun lalu.
Mohd Daud, 62, yang juga tokoh kewangan Islam di negara ini, tenang sepanjang pertuduhan, mengaku tidak bersalah serta mohon dibicarakan terhadap tuduhan mengikut Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
"Faham saya mohon dibicarakan Yang Arif," katanya.
Mohd Daud didakwa selaku wakil syarikat aktiviti jual beli komoditi, Energy Eco Berhad, bersubahat dengan AUF MBZ Consortium PLT, apabila AUF MBZ menjalankan suatu urusan dalam aktiviti terkawal iaitu berniaga dalam sekuriti.
Ia sedangkan AUF MBZ bukan seorang pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan juga bukan seorang orang berdaftar bagi aktiviti terkawal berniaga dalam sekuriti, di mana kesalahan AUF MBZ Consortium PLT dilakukan akibat persubahatan Energy Eco.
Dengan itu, Mohd Daud sebagai wakil Eco Energy ketika berlakunya kesalahan berkenaan, disifatkan melakukan kesalahan terbabit.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara 14 Jun 2021 dan 9 Ogos 2023, di C6-1, Jalan Reef ½2, Pusat Perniagaan Reef, Rawang, dalam Daerah Gombak.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|