CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14898|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tembok Laut Padang Kota Lama diiktiraf UNESCO

[Copy link]
Post time 21-2-2026 03:28 PM | Show all posts |Read mode
Tembok Laut Padang Kota Lama diiktiraf UNESCO

[size=0.8]BERNAMA - Februari 21, 2026 @ 12:41pm







Projek Tembok Laut dan Persiaran Esplanade yang membabitkan pemuliharaan dan naik taraf Padang Kota Lama di Pulau Pinang. Foto FB Wong Hon Wai



GEORGETOWN: Projek Tembok Laut dan Persiaran Esplanade yang membabitkan pemuliharaan dan naik taraf Padang Kota Lama, di sini menerima pengiktirafan antarabangsa pada Anugerah Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Asia-Pasifik bagi pemeliharaan Warisan Budaya 2025.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Wong Hon Wai, yang memaklumkan perkara itu menerusi hantaran Facebook hari ini berkata projek terbabit menerima anugerah bagi Reka Bentuk Baharu dalam Konteks Warisan dengan pengiktirafan khas untuk pembangunan mampan.

Beliau juga berkongsi kenyataan juri yang menyatakan projek itu menetapkan penanda aras nasional bagi pemuliharaan dengan reka bentuk baharu dalam menata semula ruang sivik bersejarah dengan menggabungkan hibrid inovatif elemen kejuruteraan tradisional dan moden dalam menghadapi kemerosotan pantai.

Juri antarabangsa yang terdiri daripada tujuh ahli menyatakan reka bentuk itu mengekalkan bentuk dan fungsi untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti, menambah baik akses ke kawasan tepi laut dan menyokong pengawasan alam sekitar sebagai tindak balas kepada perubahan iklim.

"Tembok laut baharu itu kini menampilkan persiaran lebar yang menerapkan tipologi abad ke-19 dengan pembinaan granit tradisional, asas cerucuk kepingan tersembunyi dan lapisan batu untuk ketahanan hakisan.

Ia menampilkan teres bawah yang tenggelam semasa air pasang besar, mendedahkan tembok laut asal berhampiran Tugu Peringatan Perang Cenotaph.

"Di bawah bimbingan pakar, peningkatan ciri sejarah Esplanade menonjolkan Nilai Universal Cemerlang bagi tapak Warisan Dunia 'Melaka dan George Town, Bandar Bersejarah di Selat Melaka'. Struktur dwifungsi, bahan tempatan dan tadbir urus pihak berkepentingan dikaji sebagai model di seluruh Malaysia," kata juri.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/02/1511857/tembok-laut-padang-kota-lama-diiktiraf-unesco





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 11:15 PM GMT+8 , Processed in 1.754968 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list