CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39795|Reply: 16

[Jenayah] Saksi terdengar pertengkaran sebelum insiden pembunuhan - Polis

[Copy link]
Post time 19-2-2026 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Skyline_84 at 19-2-2026 12:45 AM

Kuantan-Adik bongsu suspek merupakan individu terawal menyedari tentang kejadian tragis yang meragut lima nyawa ahli keluarganya di rumah mereka di Cherating Damai, Kuantan, Pahang.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, saksi memaklumkan dia terdengar bunyi pertengkaran kira-kira pukul 7 pagi ketika berada di dalam bilik tidur.


Menurutnya, sebaik keluar dari bilik dan menuju ke arah dapur, saksi mendapati ibunya dalam keadaan berlumuran darah.
Ibunya sempat menjerit meminta pemuda itu mendapatkan bantuan daripada bapa saudara yang tinggal di belakang kawasan perumahan sama.

Apabila saksi dan bapa saudara tiba di rumah berkenaan, semua mangsa termasuk suspek didapati terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

Ashari berkata, rumah tersebut dihuni lapan ahli keluarga termasuk suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, isterinya seorang suri rumah, dua anak perempuan, ibu serta tiga adik lelaki.

Bagaimanapun, ketika kejadian hanya enam individu berada di rumah berkenaan.

Semakan lanjut mendapati lelaki berusia 32 tahun itu tidak mempunyai rekod rawatan mental atau kesalahan lampau.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mencederakan isterinya, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, sebelum menyerang ibunya, Tuan Kamaria Tuan Puteh, 55.

Suspek juga menyerang dua anak perempuan mereka, Nur Saffiyah Humairah, 4, dan Nur Sumayyah Humairah, 2, sebelum mencederakan diri dan turut meninggal dunia.

Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk tangan, telinga dan leher.

Polis turut merampas sebilah pisau sepanjang 29 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Bedah siasat terhadap suspek dan isterinya telah dijalankan pada Selasa, manakala proses sama bagi ibu serta dua kanak-kanak terbabit disambung pada pukul 9 pagi Rabu.



Sumber:mstar, Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2026 10:14 AM | Show all posts
ramainya satu rumah..
baca pun rasa sesak inikan pulak yang tinggal dalam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnaillahirojiun
Apa le punca sebenarnya tu. Byk sgt speculation
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 10:43 AM | Show all posts
rumah setingkatduduk 8 org, mungkin ada la tu kejadian2 yg trigger
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 10:54 AM | Show all posts
rumah teres 3bilik ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampaj gelap je. Cahaya matahari boleh masuk ke dlm rumah tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2026 01:17 PM | Show all posts
Rengsa tgk komen kat pesbuk. Dah bunuh mak, bini, anak2 & bunuh diri sendiri, last2 netijing suruh doa yg baik2. Senang hidup jadi lelaki melayu islam, buat taik camne pon org tak tuntut sgt utk bertanggungjawab, sbb nanti yg masuk neraka pompuan jgk
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 19-2-2026 10:14 AM
ramainya satu rumah..
baca pun rasa sesak inikan pulak yang tinggal dalam tu..

rumah tu nampak mcm cornerlot..dah renovate jadi besar barangkali..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2026 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mak bg menumpang duduk pun tergamak dibununya juga. Nasib baik adik2 terselamat ya
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 02:38 PM | Show all posts
yururi replied at 19-2-2026 01:17 PM
Rengsa tgk komen kat pesbuk. Dah bunuh mak, bini, anak2 & bunuh diri sendiri, last2 netijing suruh d ...

elak la baca sis
tgk vids, berita je


Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 02:50 PM | Show all posts
yururi replied at 19-2-2026 01:17 PM
Rengsa tgk komen kat pesbuk. Dah bunuh mak, bini, anak2 & bunuh diri sendiri, last2 netijing suruh d ...

bodo pekat
sedangkan masa kebumi pun diasingkan mangsa2 dengan pembunuh tu
mangsa2 satu liang lahad, pembunuh diasingkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 19-2-2026 10:14 AM
ramainya satu rumah..
baca pun rasa sesak inikan pulak yang tinggal dalam tu..

Aku pernah cari bilik sewa kat shah alam dulu terjumpa rumah teres dua tingkat ada 12 penghuni. Tiga orang satu bilik. Tu working adults bukan student atau pekerja kilang.





Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Stress sbb x cukup duit kot. Suspek lak jenis mental x kuat ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2026 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengarnye ini mangse tu:

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols cuma terpikir keadaan adik2 suspek yang terselamat tu. Adakah diorg masih tinggal lagi kat umah tu trauma kot situasi yang pernah terjadi kat dalam umah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2026 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
TeropongSenyap replied at 19-2-2026 10:24 AM
Innalillahiwainnaillahirojiun
Apa le punca sebenarnya tu. Byk sgt speculation



Sila ke Facebook tuan akaun untuk cerita sepenuhnya.

https://www.facebook.com/share/p/1HMKCFoUFk

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2026 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Eqx at 20-2-2026 12:57 AM
tumpanglalu74 replied at 19-2-2026 11:35 PM
Dengarnye ini mangse tu:

Ye kat Facebook pun nama & profile pic sama.  Korang klik Photos pastu skrol ke bwh dlm 5-6 kali akan jumpa gambar kawin.  Tema warna black & blue.

Kalau aku tempek sini not nice la..  Korang cari sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2026 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.057751 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list