CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2521|Reply: 1

[Dunia] Nyonya Kerepot Merenung Zaman Amoi ~ Nama Terpahat Di Kakilima Hollywood

[Copy link]
Post time 20-2-2026 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by begg at 20-2-2026 11:11 PM



LOS ANGELES: Pelakon kelahiran Malaysia yang juga pemenang Anugerah Akademi (Oscar), Michelle Yeoh, terus melakar sejarah apabila dianugerahkan bintang di Hollywood Walk of Fame dalam kategori Filem (Motion Pictures) pada satu majlis gilang-gemilang, semalam.

Menurut laman rasmi Hollywood Walk of Fame, Yeoh menerima penghormatan tersebut sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besarnya dalam industri perfileman antarabangsa sepanjang lebih tiga dekad penglibatannya sebagai anak seni.

Dalam ucapan penuh emosi, Yeoh mengimbas perjalanan hidupnya daripada seorang gadis kecil di Malaysia kepada bintang bertaraf dunia.

“Dulu saya hanyalah seorang gadis kecil dari Malaysia, duduk di bawah langit yang luas dan pandang bintang yang bersinar di langit. Waktu itu saya percaya saya boleh menjadi seperti bintang itu.

”Tak sangka bintang itu kini ada satu di tanah,” katanya seperti dilaporkan media tempatan.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada keluarga dan para peminat yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaannya.

“Kepada peminat di seluruh dunia, kepada keluarga iaitu abang saya dan isterinya yang membuat kejutan datang jauh dari Malaysia semalam. Suami saya yang tidak berada di sini kerana ada urusan di India serta keluarga Todt saya, terima kasih kerana memberikan saya  kasih sayang dan menjadi pelabuhan selamat buat saya,” ujarnya.

Majlis berkenaan turut dihadiri pengarah filem, Ang Lee yang pernah bekerjasama dengannya menerusi filem Crouching Tiger, Hidden Dragon serta pengarah Crazy Rich Asians, Jon M. Chu.

Yeoh memulakan langkah di Hollywood menerusi filem Tomorrow Never Dies pada 1997 sebelum mencipta fenomena global melalui Crouching Tiger, Hidden Dragon pada 2000.

Namanya terus kukuh di persada antarabangsa menerusi pelbagai naskhah termasuk Memoirs of a Geisha, Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings serta filem yang membawanya meraih Oscar, Everything Everywhere All at Once.

Terdahulu, Yeoh dianugerahkan penghargaan Honorary Golden Bear bagi pencapaian seumur hidup di Festival Filem Antarabangsa Berlin 2026 (Berlinale). -UTUSAN

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2026 12:12 AM | Show all posts
sayang nya dia takde anak...

kalau ada bisa bangga anak cucu tengok bintang walk of fame
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.421141 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list