CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 20938|Reply: 13

Hanya 'pop-pop', Happy Boom dibenarkan jual dan dimainkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di KL - Polis

[Copy link]
Post time 16-2-2026 10:49 AM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai bahawa hanya bunga api jenis 'Pop-Pop' dan 'Happy Boom' dibenarkan untuk dijual serta dimainkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kebenaran itu diberikan kerana kedua-dua jenis bunga api berkenaan tidak mengandungi bahan bakar yang boleh membahayakan keselamatan umum.

Bagaimanapun, beliau menegaskan penjualan kedua-dua jenis bahan itu masih tertakluk kepada permit yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan mengikut spesifikasi ditetapkan.

"Sesiapa yang memiliki, menjual, membeli dan bermain mercun serta bunga api selain daripada yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

"Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Fadil turut memberi amaran keras agar aktiviti bermain bunga api tidak dilakukan melebihi jam 12 tengah malam sehingga mendatangkan kacau ganggu atau bahaya kepada umum.

Katanya, individu yang ingkar boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 366) serta Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 yang membawa hukuman sama iaitu penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

"DRM menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi prinsip kedaulatan undang-undang bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat serta mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku," katanya.


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2026 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Choi. Kat old klang road tu sedap2 je bukak khemah jual tepi jalan
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 11:17 AM | Show all posts
Dah dua malam bunyi boommmmmm kuat bertali arus jek kat sini. Tapi sekejap jer la.
Tak ganggu jiran pun.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam eksperimen sains masa sekolah dulu je

Kalau bunyi pop itu menandakan dalam tabung uji diisi gas hidrogen

Kalau kayu api berbara kembali menyala lepas masuk dalam tabung uji, maksudnya gas oksigen
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 12:21 PM | Show all posts
lucunya suruh main pop2..budak2 pun dah tak nak main kalau bagi pop2 ini kan orang dewasa..kahkah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Motif main pop2 happy boom spt kanak2 perempuan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2026 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 16-2-2026 01:04 PM
Motif main pop2 happy boom spt kanak2 perempuan?

kan..cer terai la letak kabaid dlm buluh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 01:53 PM | Show all posts
ye ke? kat opeh ni pun bertali arus depa main mercun yg panjang cam rail mrt tu

banyak la mercun pop pop ajeeeerrrr

main hat tu.. ong tatak mali laaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2026 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 16-2-2026 11:17 AM
Dah dua malam bunyi boommmmmm kuat bertali arus jek kat sini. Tapi sekejap jer la.
Tak ganggu jiran  ...

pop-pop dan happy boom...
tunggu lagi sebulan lebih, masa tu semua jenis makneka mercun ada....kalah cina raya...
tunggguulahh
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 03:16 PM | Show all posts
wirazam replied at 16-2-2026 02:02 PM
pop-pop dan happy boom...
tunggu lagi sebulan lebih, masa tu semua jenis makneka mercun ada....kal ...

Ye... betul tu. Kalau nak membeli kat khemah tu serupa macam pilih lauk campur. Kepelbagaian aneka jenis bahan letopan ada.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat mcm Thailand tak payah nak regulate sangat lah kehidupan ni. Hidup mesti gembira. Kalau mati kita tanam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
baik letupkan belon je la..haha
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
alah hujung2 suasana mcm war zone gak
bila bunyi siren polis senyap la kejap pastu perang semula
antara punca maleh nak raye kat kg
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2026 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Oiii....arahan komeng boleh bebas main mercun mcm nk perang  lg besar dr pulis kot? Masa depvali aritu tmn2 sekeling balai pulis mcm nk runtuh kena bom mercun pak pulisi ni ada bagi warning ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 06:18 PM GMT+8 , Processed in 1.188807 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list