|
View: 76308|Reply: 13
|
[Jenayah]
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku. 1,700 mangsa penyelewengan pelaburan diuruskan 'Tan Sri'
[Copy link]
|
|
|
Edited by ultra78 at 24-1-2026 09:39 AM
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku
Oleh Ilah Hafiz Aziz - Januari 22, 2026 @ 4:12pm
SPRM menahan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri (kiri) disyaki menipu wang pelabur dipercayai mencecah jumlah lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Skim pelaburan dijalankan seorang individu bergelar Tan Sri yang juga terkenal sebagai pakar pelaburan didakwa menjanjikan pulangan lumayan dan boleh 'dinikmati' sejak beberapa tahun lalu lagi.
BH difahamkan, pelaburan itu sepatutnya memperoleh pulangan sejak dua tahun lalu, tetapi ia tidak berlaku sehingga kini.
Sumber berkata, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati dana yang dilabur itu diseleweng tanpa pengetahuan pelabur.
"Ia sepatutnya dipulangkan semula selepas tarikh matang perjanjian pelaburan berakhir pada 2024, namun perkara itu tidak berlaku," kata sumber di sini hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dalam satu program di Kelantan hari ini mengesahkan pihaknya menahan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang disyaki menipu wang pelabur dipercayai mencecah lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu.
Katanya, suspek lelaki berusia 60-an yang juga pemilik sebuah syarikat swasta dan ahli kewangan Islam itu ditahan selepas tiba di ibu pejabat agensi terbabit di Putrajaya, semalam.
Tambahnya, SPRM turut menahan seorang wanita yang juga ahli Lembaga Pengarah syarikat terbabit yang berpangkalan di Kuala Lumpur, kelmarin untuk membantu siasatan kes sama.
"Kita mendapat maklumat Tan Sri berusia 60-an itu dan seorang wanita berusia 50-an yang memegang jawatan ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat pelaburan, disyaki terbabit dalam penipuan pelabur berskala besar.
"Ramai pelabur dari serata negara dilaporkan kehilangan ratusan juta ringgit. Malah, kita menganggarkan kerugian dialami pelabur itu mencecah lebih RM300 juta sejak dua tahun lalu," katanya.
Sementara itu, dalam proses reman yang berlangsung pagi tadi, individu bergelar Tan Sri itu direman selama empat hari sehingga Ahad ini.
Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Azam juga mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
1,700 mangsa penyelewengan pelaburan diuruskan 'Tan Sri' - Azam Baki
Oleh Ilah Hafiz Aziz - Januari 24, 2026 @ 8:29am
KUALA LUMPUR: Siasatan awal dalam penyelewengan pelaburan yang diuruskan seorang individu terkenal bergelar Tan Sri mendapati, sekurang-kurangnya 1,700 menjadi mangsa.
Kesemua mangsa itu dipercayai melabur ke dalam dua syarikat antara 2021 hingga 2024 dengan sebahagian daripadanya melabur sejumlah pelaburan besar dan mengharapkan pulangan lumayan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata, bertindak atas alasan itu, siasatan SPRM dijalankan kerana ia membabitkan sejumlah wang yang besar.
"Malah SPRM komited melaksanakan siasatan dengan profesional dan tegas kerana kes ini membabitkan kepentingan awam," katanya, di sini hari ini.
Semalam, BH mendedahkan, SPRM mula menyiasat seorang pakar pelaburan terkenal bergelar Tan Sri apabila mendapat maklumat penyelewengan berlaku sekitar RM10 juta sahaja.
Bagaimanapun, siasatan seterusnya mendapati penyelewengan itu berkemungkinan terlalu besar dan mencecah sehingga ratusan juta ringgit.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

tan sri pun scammer jugak....
kesianlah yg dah melabur... bodoh pun ya, tp tak boleh biarkan jg scammer ni berleluasa .. ada kot yg sangup berhutang untuk supaya nak melabur... skrng tan sri pun dah ada yg nak jadi taukeh scamer 
klu nak rasa jugak main pelaburah risiko tinggi ni.. labur jerlah beberapa ratus lepas tu cepat2 keluarkan, klu tak sempat pun tak lah rugi sgt..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kes dengan janggut rebonding? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
"Ia sepatutnya dipulangkan semula selepas tarikh matang perjanjian pelaburan berakhir pada 2024, namun perkara itu tidak berlaku," kata sumber di sini hari ini.
Alif Syukri boleh guna alasan ini utk saman Dato bowtie |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
mizzmimi replied at 23-1-2026 01:31 AM
kes dengan janggut rebonding?
Tan sri dr daud bakar yg pegang kedah fc sblm ni..lingkupppp |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sampai RM300 juta terkumpul dari penipuan dia?
slow nyer pelabur dan police bertindak |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
matbad replied at 23-1-2026 03:06 AM
Tan sri dr daud bakar yg pegang kedah fc sblm ni..lingkupppp
ada nampak orang share kat thread seminar tan sri ngan mbz janggut rebonding.. orang yang jv ngan dia asik terciduk ja.. si janggut tu bila nak terciduk ntah.. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
google2 nama ni
die punya background & experince bukan kaleng2 eh
key role dlm kewangan patuh shariah
termasuk penasihat bnm ye
how come boleh terjebak nih
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
semoga ramai lagi scammer mcm nie kena tangkap |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
bila gamaknye janggut rebonding nak kena plak. Sayang tokoh perbankan islam boleh terjebak benda2 cam ni. Sayang bina nama & kepakaran tapi tewas dengan nafsu
Ramai yang dah nasihat dia. Kes ni pun dah pernah expose by PW. PW kena ban dgn FB senyap kes ni |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Cayn replied at 23-1-2026 04:34 PM
bila gamaknye janggut rebonding nak kena plak. Sayang tokoh perbankan islam boleh terjebak benda2 ca ...
Apa nama skim pelaburan tu? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
David Burn ni ramai gak yg tak percaya dia terlibat. Anggap dia naif dan terperangkap
Ada kawan iols dia ni penyokong kuat parti best tu
Dia kata ni sengaja nak kenakan dia sebab dia ni ada bantu negeri pembangkang
Tp lepas baca apa yg Alif Ahmad tulis pasal isu ni errmm rasanya bukan perangkap bagai lagi dah memandangkan Alif pun dah penah nasihatkan dia sblm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 24-1-2026 07:49 AM
David Burn ni ramai gak yg tak percaya dia terlibat. Anggap dia naif dan terperangkap
Ada kawan iols ...
Tak percaya langsung la dia ni naif. Dia punya pengetahuan pasal kewangan dan undang-undang lagi bagus daripada most Malaysians kot. Takkan la tak terdetik langsung apa yang dia buat tu scam. Mana ada pelaburan yang confirm untung. Kalau macam ASB camtu pun berapa percent sangat. Sebab tak kena tangkap awal je, sebab tu boleh scam sampai ratus juta. Bodoh betul. Habis reputasi sebab gelap mata. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|