CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29609|Reply: 9

[Jenayah] Pusat beli-belah terkemuka di Cheras digempur, 152 warga asing ditahan

[Copy link]
Post time 6-2-2026 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Pusat beli-belah terkemuka di Cheras digempur, 152 warga asing ditahan
Oleh Safeek Affendy Razali - Februari 6, 2026 @ 11:10am

Seramai 152 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan Imigresen ditahan dalam serbuan di pusat beli-belah terkemuka di Cheras malam tadi. - Foto ihsan Imigresen

KUALA LUMPUR: Seramai 152 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan Imigresen ditahan dalam serbuan di pusat beli-belah terkemuka di Cheras, di sini, malam tadi.

Serbuan dilakukan Jabatan Imigresen Putrajaya jam 8 malam, susulan maklumat dan risikan kebanjiran warga asing dalam kalangan pekerja di premis perniagaan dan kategori pelancong yang berada di pusat beli belah itu hampir setiap masa.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen, Datuk Lokman Effendi Ramli, berkata ketika serbuan dibuat seramai 890 individu yang bekerja atau berada di kawasan pusat beli-belah itu diperiksa.

"Hasil pemeriksaan mendapati 458 daripada mereka adalah warga asing dan selebihnya 432 individu rakyat tempatan.

"Hasil saringan dan pemeriksaan terhadap semua warga asing itu mendapati 152 daripada mereka memiliki pelbagai kesalahan imigresen seperti tidak memiliki dokumen perjalanan sah, tinggal melebihi masa dibenarkan, menyalahgunakan permit kerja serta kesalahan lain di bawah Akta Imigresen," katanya yang mengetuai operasi di Jalan Cheras, di sini, malam semalam.

Lokman Effendi berkata, warga asing dari Myanmar adalah antara jumlah tertinggi yang ditahan disusuli warga asing dari China dengan jumlah kedua tertinggi.

"Selepas proses pengesahan dokumentasi dibuat di lokasi serbuan, kita menahan 63 lelaki dan 31 wanita warga Myanmar, 24 lelaki dan 14 wanita warga China, enam wanita warga Indonesia, dua lelaki warga Bangladesh dan beberapa majikan tempatan.

"Kita percaya jumlah ini sebenarnya mungkin lebih ramai lagi namun sebahagian kecil sempat melarikan diri selepas ada pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan sistem pemantauan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan lebih awal sebarang kemungkinan kehadiran penguat kuasa terutama Imigresen," katanya.

Beliau berkata, antara faktor utama serbuan dibuat disebabkan maklumat dan risikan mengenai lokasi itu dipenuhi warga China.

"Mereka ini didapati mendiami unit kediaman di atas pusat beli-belah, bekerja di kawasan sekitar serta dalam kalangan pengunjung atau pelancong.

"Kebanyakan mereka (warga China) yang diperiksa ini juga didapati melakukan kesalahan tinggal melebihi masa dan menggunakan pas pelajar namun sebaliknya bekerja di premis perniagaan," katanya.

Operasi penguatkuasaan akan dijalankan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang didapati melanggar peruntukan undang-undang negara seperti di bawah Akta Imigresen, Akta Pasport, Peraturan-Peraturan Imigresen dan Akta Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM).

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2026 05:39 PM | Show all posts
"Kita percaya jumlah ini sebenarnya mungkin lebih ramai lagi namun ....
Kita purcaya konon, memang dah sah ramai serata tempat. Tengok kat atas tu lebih 50% depa saja.
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Lu olang tadaq takut kena buli ka,kena tindas ka???
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 07:56 PM | Show all posts


Afghan juga tidak ketinggalan untuk menjadi pendatang haram di Malaysia.


24 PATI dari 4 negara termasuk Afghanistan ditahan di tebing sungaiPolis menahan menahan 24 PATI termasuk dari Afghanistan dan China di tebing sungai di Pasir Pekan. - Foto ihsan Polis
TUMPAT: Polis berjaya menggagalkan kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas menahan 24 individu termasuk dari Afghanistan dan China di tebing sungai di Pasir Pekan awal pagi semalam.

Kesemua mereka berusia antara dua tahun hingga 42 tahun itu ditahan jam 5 pagi selepas menahan tiga kenderaan jenis Nissan X-trail dan Honda City yang dinaiki mereka.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie, berkata kesemua PATI berkenaan adalah warga Mynamar, China, Bangladesh dan Afghanistan.

Bagaimanapun, katanya, pemandu ketiga-tiga kenderaan itu yang belum dikenal pasti identiti meloloskan diri ke kawasan tebing sungai.
"Pihak polis dengan bantuan pihak bomba cuba mengesan dan menjejak suspek di kawasan tebing sungai namun gagal disebabkan jarak penglihatan yang terhad serta keadaan tebing yang gelap.

"Siasatan awal mendedahkan kesemua PATI berkenaan memasuki Malaysia melalui sungai berhampiran dengan menaiki bot dari Thailand.
"Hasil semakan mendapati kesemua PATI itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, kesemua PATI dan rampasan kenderaan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Tumpat untuk siasatan lanjut bagi mengenalpasti tujuan memasuki Malaysia.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 55E & 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2026 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Pas tangkap lepas balik eh??
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2026 10:55 AM | Show all posts
mejaputih replied at 7-2-2026 09:07 AM
Pas tangkap lepas balik eh??

lepas tangkap angkut pi depoh/lokap imigresen untuk varify document..mana yang ada valid document, kena lepas la..
takkan nak simpan makan tanggung berak cangkung..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2026 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 7-2-2026 12:30 PM

Zaman dulu2 mall2 main lagu omputeh la ni jatuh standard mall2 yg main kugiran indonesia low class di kedai2 pun lagu indon low class betul, tgk grab food kemain food indon menu merata2 depa
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2026 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 7-2-2026 12:28 PM
Zaman dulu2 mall2 main lagu omputeh la ni jatuh standard mall2 yg main kugiran indonesia low class d ...

Iklan shopee pun asyik lagu dangdut...low class betul.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2026 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok gambar macam kat sunway velocity.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2026 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak suke pegi mall area cheras.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.480977 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list