CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29108|Reply: 7

[Tempatan] Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa rugi RM39,000 jalani prosedur dipromosi pempengaruh media sosial

[Copy link]
Post time 6-2-2026 05:24 PM | Show all posts |Read mode
Sedut lemak tak menjadi, wanita dakwa rugi RM39,000 jalani prosedur dipromosi pempengaruh media sosial
Luqman Hakim - Februari 6, 2026 @ 4:25pm

Wanita warga Singapura mendakwa jadi mangsa prosedur sedut lemak tak menjadi bersama peguamnya, Yap Wai Shaun (kanan) pada sidang media di Wisma MCA Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir (dari kiri) Marcus Chong, Jason Ling dan Michael Chong. NSTP/Luqman Hakim

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga Singapura kerugian kira-kira RM39,000 selepas menjalani prosedur sedut lemak atau liposuction yang didakwa dipromosikan oleh seorang pempengaruh media sosial, yang kemudian menyebabkannya perlu menjalani pembedahan pembetulan.

Peguamnya, Yap Wai Shaun, berkata wanita berusia 37 tahun itu sangat bimbang dengan aspek perundangan, ketelusan dan keselamatan prosedur kosmetik berkenaan, yang didakwanya dilakukan di bawah tekanan dan tanpa pendedahan maklumat yang sewajarnya.

Menurutnya, eksekutif jualan itu mula mengikuti pempengaruh terbabit di Instagram pada Julai tahun lalu selepas tertarik dengan iklan mempromosi prosedur perubatan kosmetik.

"Julai lalu, dia membayar deposit RM6,000 untuk menempah slot bagi prosedur itu. Jumlah keseluruhan akhirnya dibayar kira-kira RM39,000," katanya pada sidang media di Wisma MCA, di sini yang turut disertai Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong dan Penasihat Undang-undang, Jason Ling serta Marcus Chong.

Prosedur sedut lemak adalah pembedahan kosmetik bagi membuang lemak setempat yang degil untuk membentuk bahagian badan tertentu seperti perut, paha, pinggul dan lengan.

Wai Shaun mendakwa, pempengaruh berkenaan mengiklankan pakej prosedur itu di media sosial dengan mendakwa bahawa proses itu dijalankan di bilik pembedahan yang beroperasi secara sah, dengan dikendalikan pasukan perubatan diatur mereka, namun lokasi pembedahan tidak dimaklumkan lebih awal.

"Sebaliknya, pengadu hanya diberikan tempat pertemuan, manakala kemudahan perubatan hanya dimaklumkan pada hari prosedur dijalankan. Anak guam saya juga diarah menguruskan sendiri pemeriksaan kesihatan prapembedahan di sebuah klinik pengamal perubatan am.

"Pada hari pembedahan 12 November tahun lalu, sesi konsultasi prapembedahan dilakukan oleh seorang warga China. Individu yang menanda bahagian badan anak guam saya untuk prosedur sedut lemak dalam bilik pembedahan juga warga China dan kelayakan perubatannya tidak dapat disahkan oleh anak guam saya.

"Dia berasa tidak selesa, tetapi dimaklumkan deposit dibayarnya akan hangus sekiranya memilih untuk tidak meneruskan prosedur. Akibatnya, anak guam saya berasa terpaksa meneruskan pembedahan itu di bawah tekanan," katanya.

Tambahnya, semua bayaran dibuat ke akaun bank peribadi pempengaruh terbabit dan sebuah klinik lain, bukannya secara terus kepada pusat perubatan tempat pembedahan dijalankan.

Menurut peguam berkenaan, sesi susulan selepas pembedahan juga didakwa dilakukan individu yang sama dan anak guamnya berulang kali meminta dokumen kemasukan serta discaj hospital, namun hanya menerima sepucuk surat pengesahan daripada pusat perubatan terbabit kira-kira dua minggu selepas pembedahan.

"Timbul curiga apabila individu yang menandatangani surat pengesahan itu adalah warga Malaysia, bukan individu yang menjalankan pembedahan. Selepas mendapat pendapat perubatan kedua, anak guam dimaklumkan bahawa prosedur sedut lemak yang berlebihan telah dilakukan dan pembedahan pembetulan menggunakan laser diperlukan.

"Apabila suarakan kebimbangan kepada pempengaruh terbabit, anak guam saya dimaklumkan bahawa doktor berkenaan tidak dapat dihubungi dan dinasihatkan ke Shanghai, China bagi pembedahan pembetulan. Ini menimbulkan persoalan serius kerana pembedahan asal dibuat di Kuala Lumpur, mengapa rawatan pembetulan perlu di luar negara," katanya.

Sementara itu, Chong berkata, beliau akan menghubungi Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pusat perubatan terbabit.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2026 07:48 PM | Show all posts
Lain kali sedut sendiri menggunakan mulut. beli transparent tube, buat satu lubang untuk masukan tube dibeli online. Settle masalah buat apa nak bayar sehingga puluhan ribu!
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2026 07:54 PM | Show all posts
tu ke mangsanya? lerr kurus jah ai tengok. lemak celah mana lg nak disedut. btw ada lagi ke lipo2 nih? org skang suntik mounjaro dan wegovy dekk
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2026 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Pening mca handle kes tipu sedut2 lemak tapi mangsa tetap kurus
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2026 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni yg kene serbu kat bukit bintang haritu ke? Klinik warga china. Viralkan la siapa instafamous tu supaya org lain tak tertipu.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2026 09:05 AM | Show all posts
"Ketua Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA"...aikk knp MCA sibuk bela warga singapore ni...dpt undi dr warga singapore ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2026 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodo siak sedut lemak. Lemak tu kena bakar by exercise bkn sedut. Otak mana yer?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2026 10:53 AM | Show all posts
hungry me baca siput sedut tak menjadi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 07:04 PM GMT+8 , Processed in 1.492109 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list