CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2683|Reply: 19

Diejek anak-anak asbab Iwan Syahman ‘berhijrah’

[Copy link]
Post time 20-7-2022 08:54 PM | Show all posts |Read mode

Iwan Syahman

Diejek anak-anak asbab Iwan Syahman ‘berhijrah’

PETALING JAYA – Bekas penyanyi dangdut Iwan Syahman berkongsi pengalaman sedih apabila pernah diejek-ejek anak-anaknya iaitu pelakon Aprena Manrose dan Oktovia Manrose ketika kedua-duanya masih kecil.

Perkara menyedihkan itu berlaku sewaktu Iwan mahu bertemu dengan anak-anaknya yang ketika itu masih kecil untuk melepaskan rindu selepas bercerai dengan bekas isterinya.

“Anak-anak menjadi asbab juga untuk saya berhijrah ke arah kebaikan. Saya masih ingat sewaktu anak-anak masih kecil, saya rindu sangat pada mereka.

“Bila rindu, saya datanglah ke rumah janda saya. Tapi tidak boleh masuk, hanya menunggu di depan pintu pagar.

“Bila saya panggil anak-anak (Wan Ramada, Aprena dan Oktovia) yang ketika itu berusia tujuh, lima dan tiga tahun, mereka keluar tapi bukan sebab hendak berjumpa saya, tapi untuk mengejek-ejek saya,” katanya menerusi sebuah video ceramah yang dimuat naik dalam saluran YouTube, Abdull Yusoff.

Tambah penyanyi yang popular menerusi lagu Yang Sedang-Sedang Saja itu lagi, anak-anaknya telah mengejeknya dengan menjelir-jelirkan lidah dan menepuk-nepuk punggung sehingga membuatkan hatinya berasa sangat sedih.

“Saya panggil mereka. Berjam-jam saya menunggu, tapi tidak dapat berjumpa,” katanya.

Disebabkan kejadian menyedihkan itu, Iwan mula berkata dirinya mula menjadi resah memikirkan tentang anak-anak yang tidak suka padanya sekali gus menjentik hatinya untuk berubah ke arah kebaikan.

“Tuhan hendak tunjuk. Anak sendiri tidak suka pada saya ketika mereka kecil. Saya balik dan mula resah. Ada anak pun mereka tidak suka dengan saya.

“Saya berfikir kalau saya mati bagaimana agaknya?” ujar Iwan.

Terdahulu, Iwan mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penerbit, Allahyarham Rosnah Mohd Noor selama lapan tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata, Wan Ramada Agus Putra, Octovia dan Aprena.

Perkahwinan kedua Iwan bersama Wan Rafidah Abu Bakar pada 1988 hanya bertahan selama lapan tahun. Mereka mempunyai anak angkat, Nursyafiqah Emisya.

Iwan kemudian mendirikan rumah tangga buat kali ketiga bersama Evie Surriyanti yang berasal dari permatang Siantar, Medan, Indonesia sejak 12 tahun lalu dan dikurniakan enam orang cahaya mata. – KOSMO! ONLINE


Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... -syahman-berhijrah/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 09:32 PM | Show all posts
ya ampunnn macam beruk je perangai anak2 siap tepuk2 punggung ejek bapak...
kira heshe bapa yang sabar... kalau iols dah lama dah call perhilitan...

Hello, perhilitan kutip jap please 3 ekor beruk ni!...

mujur la terbuka hati apaknya untuk berubah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Asbab = muntahijo. Very the yibbitliew asbab asbab.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 09:43 PM | Show all posts
tak classy nya memburukkan anak2 sendiri, yg masa tu masih kecik lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi pasni anak3 up story burukkan bapak dia balik…elok la dua2 pihak tak memaafkan
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 20-7-2022 09:33 PM
Asbab = muntahijo. Very the yibbitliew asbab asbab.

Ayat asbab ni bkn ebit lew pengasasnya. Selalu org tabligh guna. Iwan join tabligh so dh biasa Guna perkataan tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2022 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ku rasa citer kawan mati depan mata masa dia kt disco ke dangdut ke tu yg insof.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
So, skrg ni dia still tak baik dgn anak² dia yg 3 org tu? Atau dah OK dah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 10:37 PM | Show all posts
tapayah nak asbab asbab sangatlerrrr geli anak tokak den.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa tetiba bukak cerita gini? Tak sedar ke indirectly macam dia nak mengata ex arwahnya yg influence anak2nya berperangai gitu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dodod replied at 20-7-2022 10:23 PM
Ayat asbab ni bkn ebit lew pengasasnya. Selalu org tabligh guna. Iwan join tabligh so dh biasa Gun ...

& yg jual jus2 mcm tok bidah jual,supplement,makjun bagai mmg suka pakai word asbab ni.. asbab amal kn blablablablaaaa... kwn meols slh seorang yg tiberr pandai ber asbab2 sbb jual produk cmni.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang dia dah ok dah dengan anak2 dia lama dulu dah. Hasil penghijrahan tu le dia nak bagitau..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
adikfatin replied at 20-7-2022 10:17 PM
Adoi pasni anak3 up story burukkan bapak dia balik…elok la dua2 pihak tak memaafkan

Dia tak kondem anak2  pun sbb masa tu dorang kecil. Tp dia berubah ke arah keislaman sbb budak2 tu mengejek dan tak hormatnya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dodod replied at 20-7-2022 09:23 PM
Ayat asbab ni bkn ebit lew pengasasnya. Selalu org tabligh guna. Iwan join tabligh so dh biasa Gun ...

iols xdok koser nk follow org tabligh segala so pd iols asbab=yibbit. Kalau ikut maksud sebenar perkataan  asbab ialah sebab-sebab. So you can now see penggunaan asbab ni kekadang bodoh je.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:16 AM | Show all posts
Hubungan diorang anak beranak aman2 jah, baru Mei lepas anak2 nya jenjalan jenguk apak nya kat indon nun, round2 sekolah pondok apaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:17 AM | Show all posts
kechikchomel replied at 20-7-2022 10:35 PM
So, skrg ni dia still tak baik dgn anak² dia yg 3 org tu? Atau dah OK dah?

dia mmg baik ngan anak2 dia yg manrose tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2022 11:30 AM | Show all posts
Budak2 mana pikir baik buruk.

Ramai gak anak2 iwan ni. Dulu dia pun galak ngan amelina. Tapi bdk2 india kelas aku suka betul kapel ni. Siap nyanyi lagu dorang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:31 AM | Show all posts
kalau tengok video tu dia tak salahkan anak dia pon. dia salahkan diri dia tak didik anak2 elok. tau je la kualiti reputs kosmo ni macam manakan. susur galur utusan melayu
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 11:47 AM | Show all posts
mizruncing replied at 21-7-2022 11:17 AM
dia mmg baik ngan anak2 dia yg manrose tu

sukurrrr...dia pun tak amik hati kan anak2 dia buat macam tu.
tapi iolss suka anak dia yg aprena tu. dgn suara husky dia tu.
dulu dia ada berlakon mini drama yg pak kodi tu. jadi anak sedara pak kodi, adik (kot) naim daniel.
lepas ganti dgn siapa ntah iolss tak tgk dah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2022 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayang betol dia x jadi kawen dgn amelina masa zaman kemuncak diorg dlu. Kalau tak mesti letop dan jadi wedding of the year. Tiba2 plak iwan g kawen dgn wan rafidah tu masa tu. Frust amelina terus kawen dan ilangkan diri.

Kalau jd kawen, sure dangdut bertahan lama sikit time tu. Dangdut start suram bila Amelina menghilang, Iwan pon kawen lain dan menyepi.

Harap Mas Idayu tu, bukan best sangat pon lagu² nya. Sekadar penyeri dangdut jah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.095956 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list