CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1017|Reply: 5

Polis Cari 2 Lelaki Simbah Cat Crackhouse Comedy Club Sampai Kena Pintu Bank

[Copy link]
Post time 20-7-2022 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki menyimbah cat berwarna hitam dan merah ke arah papan tanda restoran Crackhouse Comedy Club yang berlaku di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), awal pagi semalam.


Difahamkan, tindakan kedua-dua individu tersebut menyebabkan cat hitam turut terkena pada bahagian pintu utama sebuah bank.








Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, polis menerima laporan daripada pekerja serta pemilik kedua-dua premis berkenaan awal pagi tadi.


“Susulan itu, semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) mendapati dua lelaki menaiki kereta jenis Proton Waja telah membaling dua plastik berisi cat merah dan hitam ke arah papan tanda Crackhouse Comedy Club sekitar pukul 4.15 hingga 5.09 pagi tadi.


“Namun, sebahagian daripada cat hitam yang dibaling ke restoran telah terkena pada pintu utama sebuah bank menyebabkan kerugian kira-kira RM3,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Menurut Amihizam, siasatan awal polis mendapati pengadu dalam kes ini tidak mengesyaki sesiapa.


Jelasnya, rakaman CCTV yang diperolehi akan dihantar ke Jabatan Forensik untuk mendapatkan analisa pakar dan kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 10:34 AM | Show all posts
Sian Hong Leong Bank.. dah mcm filem Ali Baba Bujang Lapok silap terjah jamban
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:53 AM | Show all posts
Buat kerja masa tengah mamai ker tu? Sampai tak leh beza Crackhouse dengan HLB.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 12:35 PM | Show all posts
oooooo nie ke tempat nyaaa..

aku yg duk area ni pun baru tau crackhouse ni kat sini

selalu lalu tak penah perhati nama cafe ni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 02:35 PM | Show all posts
tak pasal2 bank pun kena
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Org2 extremist ni kn iols rasa depa la yg bising salahkn kerajaan xbg rapatkn saf masjid dan sop2 masjid pdhal diorg pun xpernah jejak masjid rven after sop dimansuhkn.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 43600 Replies : 571
Kemaluan tersembul di dahi, janda cantik trauma tengok cermin! - “Puas gosok-gosok mata, tetap ada”
tatodKemaluan tersembul di dahi, janda cantik
Views : 11253 Replies : 6
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22619 Replies : 18
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20593 Replies : 13
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 31214 Replies : 15
Belum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Dijadikan Stor Penyimpanan   Mercun Di Kajang Terbakar 80 Peratus
YgBenarBelum Masuk Tahun Baru Cina Apartment Di
Views : 11654 Replies : 10
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77159 Replies : 510
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 52950 Replies : 52
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 26375 Replies : 28
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58104 Replies : 1096

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2026 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.428244 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list