Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
6819
View
114
Reply

Masih Dapat Watak Hero Bukti Rupa Penting Untuk Kekal Dalam Industri - Faizal Hussein

[Copy link]

Author: Lilrose       Show all posts   Read mode

Author
Post time 26-4-2019 12:15 PM | Show all posts |Read mode
"Macam mana nak menarik iklan kalau pelakon itu sendiri tidak memiliki wajah sesuai untuk bergelar artis?"






Nampaknya, pelakon Faizal Hussein berkongsi pendapat sama dengan pengarah Datuk A. Aida yang sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan lebih mengutamakan rupa paras menarik berbanding bakat untuk menjadi seorang artis.


Berbeza dengan reaksi ramai rakan artis lain, Faizal berpendapat raut wajah menjadi faktor utama untuk kekal dalam industri.




Kredit foto: IG Faizal Hussein


"Saya berpendapat, untuk bergelar artis terutama pelakon setiap mereka perlu memiliki raut wajah yang cantik atau pun kacak, ia sejajar dengan apa yang diminta oleh pihak pengiklanan.

"Setiap drama mahupun filem yang disiarkan memerlukan pengiklan, jadi bagaimana mahu menarik iklan sekiranya pelakon-pelakon dalam drama itu sendiri tidak memiliki wajah yang sesuai untuk bergelar artis," ujarnya yang menjelaskan bahawa bakat boleh digilap.


Mengimbau kenangan di awal pembabitan dalam industri, Faizal akui lakonannya dalam filem Gila-Gila Remaja 'kaku' dan 'kayu', namun bertambah baik seiring pengalaman ditimba.




  



Lebih menarik, Faizal akui dia menolak setiap kali ditawarkan watak separuh umur atau bapa yang sudah mempunyai anak besar kerana enggan dilihat seperti sudah terlalu tua.

"Sekarang walaupun sudah berusia 51 tahun, saya masih ditawarkan watak sebagai hero filem dan drama. Maknanya, kepercayaan penerbit terhadap saya masih tinggi.

"Jadi, saya mahu kekalkan kepercayaan dan momentum tersebut," jelasnya.




  




Tidak ada ke artis dengan rupa kacak dan jelita nak bersuara isu ini untuk memberi semangat kepada rakan artis lain yang terasa hati dengan kenyataan A. Aida sebelum ini? - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sesetengah org, bakat berlakon memang semula jadi.
Ada sesetengah org, bakat diperolehi dari rajin belajar dan pengalaman.

Masa  zaman "hati kau keras, roy! " baik rosyam mahupun faizal ni dua2 kayu. Sekarang dah jadi pelakon terbilang.

So, ayuhla gigirl yg cantik2 dan boboy yg hemsem2, jumpa lah produser2, meriahkanla industri TV. Boleh juga penonton jamu mata. Mula2 kayulah, kalo rajin, bakat akan datang sikit2.

Gitu akak punya komen.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu kini selamanyah bam pezal pojaan hati {:love
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Manis senyum n tahi lalatnya
Rupa dan bakat sama penting. X lalu tgk iklan pelakon muka lawa tapi kayu kayan cara penyampaian
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
betul tu bam pezal...so sesapa yg dengki sgt ngan fatah amin tu time la hakikat yek.. mana acik cicirit..kalau xlaju je komen
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Bam pezal ni hensem sokmo

Retis yg acah2 x sokong statement nek aida tu rupa heolss pon helok kot. Bkn la x berupa lgsg  
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols sokong selamanya nek aida......tengok kamar kamariah turn off sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Badigol at 26-4-2019 05:14 AM

Betul la tu..artis mcm FH ni pn akui benda ni...bkn mcm artis acah acah A lister tu..asyik nk kondem org je.I tgk artis yg dkatakn kayu mcm ruhainies,lisa tu elok je jd duta brand mcm ogawa,kasut verns,dn byk lg..artis yg bbakat tp muka kurg komersial mana ada org ambk jd duta...artis artis yg kayu juga jd duta toyota,oppo,nivea,safi,ogawa jakel,kingkoil,verns,pizzahut..hihihi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Hensem bang pezal.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 01:46 PM | Show all posts
Nurul8001 replied at 26-4-2019 12:26 PM
Ada sesetengah org, bakat berlakon memang semula jadi.
Ada sesetengah org, bakat diperolehi dari r ...

diriku sangat bersetuju dengan pendapat ini....career as berlakon..muka adalah asset...walau x hensem or cantik muka tetap kena bagi polish nampak menarikkk kann..then macam cakap tadi practice make perfect...berlatih berlatih dan berlatih heheh

Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik, ramai pulak yg sokong A.aida, hari tu mcm semua orang kecam dia.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 02:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp dgn nek aida xde rupa nk jd  penjahat pn xbuleh.balik rumah tanam ubi je lah {:cryrun
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Setujuuu.
Nak jadi artis, penampilan kena jaga. Klau kurang hnsem / cantik.. polish kaw2. Macam jihan tu. Watak hero heroin mesti hensem cantik. Baru syok tengok..  tp klau setakat watak sampingan xpa xdak rupa sangat pun.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 02:27 PM | Show all posts
Sama jugak lah dgn mintak keja kat company. Ada position yang perlukan degree and above, pengalaman keja dan skills boleh develop asalkan nak berusaha. Ada position pulak, xkisah taraf pendidikan, asalkan pengalaman keja 10 tahun dan tak banyak songeh.

Aku ni tak pandai nilai retis kayu ke tak kayu. Kalau aku suka tgk, aku tgk. tak suka, aku tukar channel.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 02:38 PM | Show all posts
51 pun masih tampan
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 02:39 PM | Show all posts
virgo19 replied at 26-4-2019 01:54 PM
Aik, ramai pulak yg sokong A.aida, hari tu mcm semua orang kecam dia.

Thats the point la..
Kalau muka hensem mcm dia ni cakap apa pun org senang terima..
kalau muka tak semenggah, susah sikit org nak terima.
hahahahahah

So memang betul.. penampilan dan rupa paras memang memainkan peranan yg sgt penting.. even dalam corporate world.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 26-4-2019 01:05 PM
Iols sokong selamanya nek aida......tengok kamar kamariah turn off sungguh

Ehh ai elok je layan kamar kamariah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Seriuslah dia ensem?
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
jalfa replied at 26-4-2019 01:05 PM
Iols sokong selamanya nek aida......tengok kamar kamariah turn off sungguh

Hahahahaha kamar kamriah tu mmg xde hero eh. Si fiz tu jela ke watak utama. Dh la pelakon extra selain laki si fasha semua tak kenal turn off aku nk folo citer tu. Mcm tgk citer rtm
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2019 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
As Fattah's supporter, happy plak dengar kenyataan abam faizal ni.... go go FA, chuols rupa dah ada, tinggi lagi...terus kan perbaiki lakonan chuols. Ada rezeki, boleh jadi cam abam faizal kita ni. Cam Awie, mula2 berlakon dulu, kayu yakmat...now Awie antara pelakon yg hebat. Tiada yg mustahil..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.120992s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list