CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: EJALTI

[Tempatan] Anak Samy Vellu saman bapa isu kesihatan mental

[Copy link]
Post time 11-12-2019 04:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk ke reta samy vellu . Ada declare?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2019 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Ailebiu replied at 10-12-2019 02:35 AM
Bapaknya skrg duduk dgn mistress kan
Meeriamm rosaline tu
Anak takut ppuan tu lerabih harta bapa ...

Kalau skrang duduk ngn meeriamm,kira ok laa jugak dia tuntut.. Tp 20juta,bnyakkknya...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnnySins replied at 10-12-2019 11:50 PM
bukan..poie psikatri untuk dapat medical report...baru buek dokumen untuk fail saman...camtu hah.. ...

Tak apo. Den pun lagi la tak ado knowledge pasal ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnnySins replied at 9-12-2019 02:43 PM
kalau ada POA...kalau belum ada POA boleh ka sammy dengan mental capacity dia execute POA? betui l ...

Betui dah prosedurenya tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 10-12-2019 11:57 PM
so sebenarnya terjemahan saman tu tak tetap
sepatutnya word sesuai mungkin perintah menghalang

kalau perintah menghalang baru rasa betul...ni saman mcm ayah dia tu buat salah plak ade penyakit nyanyuk
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
diss69 replied at 11-12-2019 09:00 AM
Kalau skrang duduk ngn meeriamm,kira ok laa jugak dia tuntut.. Tp 20juta,bnyakkknya...

20 juta utk dirang adik bradik & amma nya tak byk la. Tapi kalau merriam SORANG yg dapat . Banyak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2019 10:34 AM | Show all posts

Wanita tuntut Samy Vellu, anak bayar nafkah bulanan RM25,000
December 12, 2019 8:51 AM


PETALING JAYA: Seorang wanita yang mendakwa dirinya teman S Samy Vellu memfailkan perintah interim di Mahkamah Tinggi untuk diberikan akses tanpa syarat ke atas bekas presiden MIC itu.

E Meeriam Rosaline yang menamakan Samy Vellu dan anaknya, Vell Paari sebagai responden, turut memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk membayar nafkah RM25,000 kepadanya setiap bulan sementara menunggu keputusan bagi saman utamanya.

Wanita itu mendakwa nafkah dan manfaat lain yang dibayar kepadanya sudah dihentikan.

Permohonan perintah interim yang dilihat FMT itu dijadualkan didengar di depan Hakim Mahkamah Tinggi, Hashim Hamzah di Ipoh hari ini.

FMT difahamkan Vell Paari turut memfailkan satu afidavit yang mendakwa Meeriam, 59, tiada hak menuntut nafkah.

Peguam RSN Rayer dan Ramesh Sivakumar akan mewakili Meeriam yang kini menetap di Ipoh.

Dalam saman yang difailkan Ogos lalu, Meeriam memohon perisytiharan daripada mahkamah untuk diiktiraf dan diterima sebagai ahli keluarga Samy Vellu.

Beliau juga mahu menghubungi dan melawat Samy Vellu tanpa syarat daripada ahli keluarga lain, termasuk Vell Paari.

Katanya, Vell Paari mengambil alih kewangan Samy Vellu sejak 2017 dan langsung tidak membayar nafkah kepadanya.

Meeriam dalam afidavitnya untuk menyokong saman itu berkata, beliau mempunyai hubungan separa pasangan dengan Samy Vellu sejak 1981 dan ada dokumen untuk menyokong dakwaan berkenaan.

Isnin lalu, FMT melaporkan Vell Paari memfailkan saman pemula untuk memohon Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bapanya tidak sihat dari segi mental untuk membela diri dalam 2 kes undang-undang terhadapnya.

Vell Paari berkata, hasil diagnosis bapanya yang merupakan anggota Kabinet dari 1979 hingga 2008, menunjukkan beliau menghidap demensia akibat penyakit Alzheimer 2 tahun lalu.

“Kerana dia mengalami demensia, ingatan ayah saya lemah dan dia ada masalah untuk mengingati kejadian tertentu. Kesannya, dia perlu dibantu mengurus hal peribadi dan kewangannya,” katanya.

Vell Paari berkata, keadaan bapanya tertakluk di bawah Akta Kesihatan Mental 2001.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah best nya jadik mistress. Gaji berpencen haaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2019 10:49 AM | Show all posts
TravellingBear replied at 12-12-2019 02:39 AM
Wah best nya jadik mistress. Gaji berpencen haaa

brp lama si meeriam ni bersama serumah dgn samy? dr stetmen atas tu.. mcm dia x jumpa dah samy.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:52 AM | Show all posts
TabletSusu replied at 12-12-2019 10:49 AM
brp lama si meeriam ni bersama serumah dgn samy? dr stetmen atas tu.. mcm dia x jumpa dah samy.

bukan ada tulis sejak tahun 1981 ke menjadi separa pasangan..aku pon pening daaa..boleh pulak main separa pasangan gitu..lama jgk tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Maknanya drp 1981 hingga 2017 la...

Isteri betul & anak2 boleh pakai akta ganggu rumahtangga tak hehee
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 11:01 AM | Show all posts
Vell Paari berkata bapanya, yang juta berumur 82 tahun, tidak lagi mampu mengenali ramai kawan-kawan lama.
yang juta...????
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Malas nak ikuti drama tamil. Nnt sesiapa update ending camne eh. Nak tahu jugak mistress layak ke tak dpt pencen kekal
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 12-12-2019 08:42 AM
20 juta utk dirang adik bradik & amma nya tak byk la. Tapi kalau merriam SORANG yg dapat . Banyak  ...

Ada baca tulis si merriam tuntut 20juta...tu akk kata bnyakkknya.. Tp xtau laa endingnya cmna, kita wait n see je lah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 12:22 PM | Show all posts
tripleid replied at 9-12-2019 04:13 PM
Bang non umo dh nk masuk 80 tp msih sihat walafiat xde penyakit wlau dh berkali2 kuar masuk penj ...

abang non 72 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 12:24 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 9-12-2019 04:55 PM
Tak de cashnya.....

Dah tua...memang tu lah lumrah alam. Kau tak yah nk amik keja malaikat pula ...

kerja apa pun sampai masanya nyanyuk juga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2019 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya duit.. kaya berair orang2 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 10-12-2019 09:05 AM
Anak tunggal samy ni... emmmm

Tak lah.....

Kan dia kata kakak dia pun tauapa yg dia buat
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 02:55 PM | Show all posts
kat bawah ni takde plak perkataan "separa"

Isteri kedua Samy Vellu fail permohonan interim nafkah



SEORANG wanita yang mengaku sebagai isteri kedua kepada bekas Presiden MIC, Tun S Samy Vellu mendakwa sudah tidak lagi mendapat nafkah sejak kali terakhir bertemu dengan suaminya itu pada Jun lalu.

E Meeriam Rosaline, 59, berkata kali terakhir dia bertemu suaminya itu pada 13 Jun lalu di sebuah restoran di ibu negara dan ketika itu, keadaan kesihatan Samy Vellu adalah baik seperti biasa dan dia memberitahunya supaya tidak bimbang kerana semua urusan akan berjalan seperti biasa.

“Tapi kini saya dihalang daripada bertemunya (Samy Vellu) dan segala perhubungan termasuk melalui telefon juga disekat sedangkan saya bergantung sepenuhnya pada suami saya itu.

“Saya hanya mahu berjumpa dengan suami saya kerana sebelum ini saya boleh bertemu dengannya, saya mahu suami saya menjaga saya sebagaimana janjinya sebelum ini,” katanya yang ditemui pemberita di perkarangan Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.

Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini mendengar permohonan interim difailkan Meeriam Rosaline selepas dia tidak dibenarkan bertemu dengan bekas Presiden MIC itu dan tidak lagi dibayar nafkah sebanyak RM25,000 sebulan seperti sebelum ini.

Meeriam Rosaline diwakili peguam RSN Rayer dan S Ramesh dengan permohonan berkenaan difailkan pada Mac lalu dan didengar di dalam kamar di hadapan Hakim Datuk Hashim Hamzah hari ini.

Sementara itu, Rayer berkata, pihaknya sepatutnya memfailkan permohonan interim mengekalkan pembayaran nafkah ke atas anak guamnya hari ini namun ia ditangguhkan kerana mahkamah mahu mendengar keputusan permohonan saman difailkan anak lelaki Samy Vellu, Datuk Seri S Vell Paari yang dijadualkan didengar pada 17 Disember ini.

Vell Paari memfailkan saman pemula terhadap bapanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menentukan sama ada bekas Menteri Kerja Raya itu mengalami kecelaruan mental dan tidak berupaya untuk menguruskan hal ehwal dirinya.

Rayer berkata, Mahkamah Tinggi menetapkan 17 Januari depan bagi pendengaran permohonan interim difailkan anak guamnya.

Sementara itu, ditanya mengenai status anak guamnya, Rayer berkata, perkahwinan anak guamnya dengan Samy Vellu adalah sah dan ia diadakan secara tradisional pada 1981 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Katanya, sepanjang tempoh itu sejak 1981, Samy Vellu sudah menyara serta tinggal bersama anak guamnya sebagai suami isteri.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 02:56 PM | Show all posts


acik meriyam


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 22780 Replies : 11
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 365404 Replies : 3560
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 23992 Replies : 10
Rosmah kena lagi, uolssss
stingerkentotRosmah kena lagi, uolssss
Views : 6614 Replies : 39
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20442 Replies : 12
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 25878 Replies : 24
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 42785 Replies : 569
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14787 Replies : 294
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57839 Replies : 1095
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22441 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.057737 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list