|
|
kaka gugel jumpa ni.
Viva bermakna ujian lisan, peperiksaan lisan yang dilakukan untuk menilai pengetahuan seseorang secara langsung. Perkataan terkait termasuk viva voce yang berarti ujian lisan, hidup, dan peperiksaan.
atau
APA ITU VIVA VOCE?
.
.
Setiap pelajar yang menyambung pengajian ke peringkat sarjana akan menempuh satu ujian. Ujian ini lah yang menentukan sama ada anda akan mendapat ijazah anda ataupun sebaliknya. Ujian yang menentukan kajian anda diluluskan oleh pemeriksa anda. Ujian yang penuh debaran yang wajib ditempuhi oleh kebanyakan mereka yang menyambung di peringkat sarjana dalam bidang penyelidikan. Itulah dipanggil VIVA VOCE.
.
.
VIVA VOCE atau singkatannya “VIVA” yang berasal dari bahasa Latin iaitu “with the living voice” ataupun “word by mouth” yang mana satu ujian atau peperiksaan yang dilakukan secara perbincangan atau lisan. Setiap pelajar akan dinilai oleh pemeriksa yang terdiri daripada penilai dalaman dan luaran.
.
.
VIVA menjadi satu medium untuk memperlihatkan keupayaan pelajar dalam soal perbincangan akademik bersama dengan penilai-penilai dalaman dan luaran bagi:
.
1. memastikan tesis itu kita yang buat
2. memastikan yang kita yakin dan faham apa yang yang kita kaji
3. untuk mengenal pasti ketulenan kajian kita
.
.
Persiapan rapi adalah perlu sebelum VIVA. Penelitian balik tesis perlu dilakukan supaya kita lebih memahami kajian kita. Adalah penting sekiranya pemeriksa mengajukan soalan, kita dapat memberi jawapan yang baik kepada mereka. Sertailah seminar-seminar berkaitan dengan VIVA supaya membantu kita membuat pesiapan dengan rapi.
.
.
Bukan itu sahaja, dapatkan nasihat-nasihat daripada mereka yang berpengalaman bagi meningkatkan lagi confident level dihari pembentangan nanti. Elakkan berhujah secara agresif dengan pemeriksa. Elakkan suasana tegang dalam VIVA kita supaya penjalanan VIVA berjalan dengan lancar dan berakhir dengan kegembiraan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|