CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 17451|Reply: 109

[Tempatan] Muatnaik gambar makanan di laman sosial perbuatan tidak beradab?

[Copy link]
Post time 1-10-2015 05:01 PM | Show all posts |Read mode
Muatnaik gambar makanan di laman sosial perbuatan tidak beradab

| October 1, 2015

Islam mementingkan konsep perkongsian maka wajib bagi umat Islam berkongsi makanan yang ditunjukkan kepada orang lain.





PETALING JAYA: Sikap segelintir pengguna laman sosial yang gemar memuat naik gambar-gambar makanan dengan tujuan tertentu merupakan perbuatan tidak beradab menurut ajaran Islam.

Perkara itu dijelaskan oleh seorang pendakwah bebas, Ustaz Fawwaz Mohd Jan dalam satu ceramah dan rakaman video ceramah itu dikongsi di Facebook.

Katanya, Islam mementingkan konsep perkongsian bersama dan jika kita menunjuk-nunjuk kepada orang lain maka wajib untuk kita berkongsi untuk sama-sama merasai nikmat makanan.

“Dalam Islam, nabi kata, sekiranya makanan yang kita makan itu dilihat atau dihidu oleh orang lain maka kita wajib beri kepada orang itu makan makanan yang kita tunjuk untuk mereka merasainya bersama.

“Apa yang kita tunjukkan itu boleh menyebabkan orang teringin. Zaman sekarang ini, ramai orang yang buat begini tanpa menyedari kesan terhadap orang lain yang melihatnya,” katanya.

Katanya, perbuatan itu seecara tidak langsung boleh mengundang kurang senang dalam kalangan rakan-rakan di alam maya apatah lagi ia boleh menimbulkan keinginan terutamanya bagi wanita yang mengandung.

Sehubungan itu, Fawwaz menasihatkan orang ramai agar menghentikan tabiat gemar memuat naik gambar makanan di media sosial terutama menerusi aplikasi WhatsApps dan Facebook.

“Mulai hari ini, tolonglah hentikan tabiat suka memasukkan gambar makanan yang kita makan di dalam laman sosial ini,” katanya.
freemalaysiatoday.com



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2015 05:07 PM | Show all posts
wa selalu baca blog makanan sebab wa nak tahu mana restoram mewah yg rasa wa perlu pergi..



Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 05:08 PM | Show all posts
lavatinbesi replied at 1-10-2015 05:07 PM
wa selalu baca blog makanan sebab wa nak tahu mana restoram mewah yg rasa wa perlu pergi..

iyer la tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 05:09 PM | Show all posts
akak tak brapa nak agree dgn ajaran yang katanya kata2 Nabi mengenai wajib bagi org yang nampak atau hidu makanan kita .. makan makanan tu. ater kita masak banyak kut yang kluarkan bau. kalau duduk kat flat ... dah wajib la jiran tetangga terbau jgk masakan kita masak tu. takkan tiap2 hari kita nak sedekah makanan yang kita masak kat jiran2 kan? konsep akak .. ya mmg jatuh wajib bagi jiran makan kalau jiran kita tu daif tak ada duit nak beli makanan sedang kita makan berlebih2an taktala jiran kelapan. kalau keadaan mcm tu .. kita tak beringat bagi jiran makan ... mmg berdosa la.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni pandangan peribadi aku lah.yg aku lakukan sbb melalui pemikiran aku lah yg kdg2 komplikated.jd aku sendiri nasihat kat laki aku,baik dlm group wasap ke..jgn sibuk beli benda baru tunjuk,itu tunjuk,ini tunjuk,makan tunjuk.

Sbb aku lebih berpikir perasaan sesama insan.kalau kau sibuk tunjuk makan steak,makan mewah udang kara,beli iphone baru,tiba2 tunjuk gambo umah kau lah..dlm group ko tu semua berkemampuan x??

Mcmne tatkala kita tunjuk makanan mewah sedap2, yg dlm group tu bercatu makan?sesak ada masalah duit,xmampu. Xkn dia nak cakap pulak.Tetiba rasa teringin pulak lah..xpun xmampu makan sdp bini bukak hp tu lpstu cakap untungny dia dpt gini,sedapny lah teringin saya.sbb tu aku xsuka mcmtu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 05:11 PM | Show all posts

penceramah bebas tu mesti angin tarak oernah makan kar resto mewah...tu yg angin tengok gambar2 wa forward kat WA dia tuuu


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2015 05:13 PM | Show all posts
pittjie replied at 1-10-2015 05:09 PM
akak tak brapa nak agree dgn ajaran yang katanya kata2 Nabi mengenai wajib bagi org yang nampak atau ...

wa punyer jiran pulak...tiap2 bawak mangkok kosong mintak lauk kat wa...

maklum la...bini wa masak sedap..


Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 05:16 PM | Show all posts
pittjie replied at 1-10-2015 05:09 PM
akak tak brapa nak agree dgn ajaran yang katanya kata2 Nabi mengenai wajib bagi org yang nampak atau ...

Setuju. Pada pendapat saya, berkongsi makanan itu harus. Adab berjiran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2015 05:19 PM | Show all posts
Terlalu ramai yg pilih utk  foodporn...trend sampai xtau mana elok mana x elok...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 05:22 PM | Show all posts
alah...dah tunjuk anak tak bley, takkan la tunjuk gambo makanan pun tak boleh, abis yg jual2 makanan kat insta fb tu apa cer? takkan promo tanpa gambar pulak
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ustad suka suki buat hukum sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 05:45 PM | Show all posts
Masa bbnu dulu
Gigeh la jugak snap gamba

Hahahaha
Tatau apa yg alu fikir ms tu
Skang ni sampai je...tak fikir pun nk snap
Makan ajolahhhh

Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ada sapa ntah kat IG pegi snap gamba makanan, pastu dicollagekan sebelah taik. untuk tunjuk before and after katanya.
hauk sngat kokosen tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 05:48 PM | Show all posts
Entahnya...motip sangat asal makan je ambik gambo. Time makan megi tau plak sorok2
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Laaaa yeke aku baru tau.....ok pasni aku tak buat lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 06:10 PM | Show all posts
Edited by Orix at 1-10-2015 06:12 PM

“Apa yang kita tunjukkan itu boleh menyebabkan orang teringin. Zaman sekarang ini, ramai orang yang buat begini tanpa menyedari kesan terhadap orang lain yang melihatnya,” katanya.

so, kekdahnya upload gmbar ngn mak bapak pun x boleh. kesian org yg xde mak bapak dari kecik nnt tgok gmbar org lain mesra2 ngn mak bapak diorg...

tak boleh upload gmbar pi haji pi travelling ka mana2... kesian org takdak duit x dpt naik haji, x dpt travelling mana2 nnt kempunan...

tak boleh upload gmbar baby, gmbar psgan... sian org yg x dpt2 anak, sian org blum kawen xde psgan nnt teringin... so, xleh upload gmbar kawen jua...

tak boleh juga upload gmbar hangout dgan kawan2... sian org yg xde kawan teringin nak berkawan keluar sama2 gittewwww....

tak boleh upload gmbar selfie, apa2 gmbar lah... sian org yg rse diri x lawa, org OKU teringin nak sempurna mcm org normal jua...


ohhhh indaahhhnya isele....

*senyum sinis*
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2015 06:15 PM | Show all posts
Orix replied at 1-10-2015 06:10 PM
“Apa yang kita tunjukkan itu boleh menyebabkan orang teringin. Zaman sekarang ini, ramai orang yang ...

kan ustad tu refer isu makanan je?



Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 06:21 PM | Show all posts
wanitajelita replied at 1-10-2015 06:15 PM
kan ustad tu refer isu makanan je?

yes. tp alasan dia sebb taknak nnt org lain teringin dgan apa yg gmbar org lain upload...
kenapa double standard hanya bab makanan je even gambar2 lain boleh buatkan org lain teringin? even kalo ni sebabnye, so rncangan jalan2 cari makan, rncgan masak2 tu pn tak boleh lah sbb nnt org yg tgok teringin...


aku xpernah upload gmbar makanan tp aku ok je kalau org upload gmbar makanan... klau nmpak sedap n tuan yg upload tu kata sedap, aku pegi la cuba makan kt tmpat tu... ibarat tgok cite jalan2 cari makan... tp versi statik...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 06:23 PM | Show all posts
- Muatnaik gambar makanan tanpa resepi atau tanpa sebab munasabah = Giler Attention, Mabuk Ketum, Low IQ, Kurang Kasih Sayang.
- Muatnaik gambar makanan sekali dengan resepi = Bijaksana, High IQ, Baik & Penuh Kasih Sayang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2015 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada aku la kalau kasi review kedai mkn tu ok
Lg 1 bl tunjuk pic makanan boleh kasi idea kat kwn2 nak masak apa
*aku jrg post apa2 kat fb...sll tgk yg org punya je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 22780 Replies : 11
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 365404 Replies : 3560
Wanita bimbang suami bergaji 5k mahu berhenti kerja kerana toksik dan stress dan ingin jadi rider penghantar makanan.Wajar atau tidak
YgBenarWanita bimbang suami bergaji 5k mahu ber
Views : 23992 Replies : 10
Rosmah kena lagi, uolssss
stingerkentotRosmah kena lagi, uolssss
Views : 6614 Replies : 39
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 20442 Replies : 12
Tok Arab Dubai buat video dera, seks ganas
Tumpang-SibokTok Arab Dubai buat video dera, seks gan
Views : 25878 Replies : 24
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 42785 Replies : 569
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14787 Replies : 294
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57839 Replies : 1095
Harap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Azam Baki tidak isytihar jutaan saham dalam syarikat tersenarai, dedah Bloomberg
YgBenarHarap Pegar,Pegar Makan Padi:Bos SPRM Az
Views : 22441 Replies : 17

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2026 01:16 PM GMT+8 , Processed in 0.615043 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list