CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 17313|Reply: 1

[Pulau Pinang] Kematian Truper Indiran: Ibu minta henti spekulasi, jangan cemar nama ATM

[Copy link]
Post time 21-2-2026 02:05 PM | Show all posts |Read mode
Kematian Truper Indiran: Ibu minta henti spekulasi, jangan cemar nama ATM

21 Februari 2026 11:09am





Usha (dua dari kanan) berkata ketika ini siasatan dalaman lanjut termasuk ujian tertentu bagi mengetahui punca sebenar kematian Indiran.





GEORGE TOWN - Ibu mendiang anggota tentera Truper K. Indiran meminta orang ramai berhenti membuat sebarang andaian dan spekulasi berhubung kematian anaknya hingga mencemarkan nama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

S. Usha, 52, berkata kematian anak sulung daripada empat beradik itu tidak mempunyai unsur buli atau penderaan dan bedah siasat menunjukkan tiada kecederaan fizikal terhadap tubuh mendiang selain dirinya tidak pernah mengatakan anaknya dibuli.

"Ketika menerima berita mengejut anak berada dalam keadaan kritikal saya cuma fikirkan sesuatu yang buruk telah berlaku.

Tetapi, selepas menerima pengesahan hasil bedah siasat tiada unsur dia (Indiran) dibuli, dipukul atau dicederakan.

"Fizikalnya sangat normal.

Jadi jangan cemarkan nama ATM sebab itu (dakwaan buli) tidak betul.

Kita tunggu sahaja siasatan seterusnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Taman Sri Nibong di sini awal pagi tadi.

Usha berkata ketika ini siasatan dalaman lanjut termasuk ujian tertentu bagi mengetahui punca sebenar kematian Indiran sedang dijalankan yang dijangkakan mengambil masa antara tiga hingga empat bulan.

Wanita itu berkata mendiang tidak mempunyai sebarang penyakit ketika menyertai ATM menyebabkan mereka terkejut dengan kejadian tersebut, namun reda menerima pemergian anak yang menghubunginya setiap hari untuk memaklumkan pergerakannya di kem.

Usha berkata latihan lasak dalam badan beruniform, terutamanya tentera ialah perkara biasa tetapi ia tidak boleh disamakan dengan buli.

"Mendiang bapanya anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan menjalani latihan yang lasak.

Indiran juga beritahu latihan memang teruk dan susah tetapi itu biasa untuk menguji ketahanan, bukan buli atau pukul sampai berdarah,” katanya.

Usha berkata kehilangan dua insan tersayang ketika dalam perkhidmatan meninggalkan kesan amat mendalam namun dirinya tidak akan menghalang jika anaknya terutama anak ketiga yang berusia 17 tahun mahu menyertai pasukan beruniform.


Terdahulu suasana hiba menyelubungi rumah itu apabila kenderaan ATM yang membawa jasad Indiran tiba di pekarangan rumah pada 1.45 pagi bagi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan bersebelahan pusara bapanya di Tanah Perkuburan India Batu Lanchang kira-kira 2 petang ini.

Mendiang ialah anak kepada Mejar C. Kayamboo iaitu juruterbang TUDM yang maut dalam nahas pesawat TUDM jenis Beechcraft B200T yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang sebelum terhempas berhampiran Terminal Peluru Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang pada 2016.

Pada 18 Feb, Indiran, 22, yang sedang mengikuti kursus kru Armor di Kem Batu 10 Kuantan, Pahang ditemukan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dan disahkan meninggal dunia sehari kemudian ketika menerima rawatan. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/article/768864/berita/semasa/kematian-truper-indiran-ibu-minta-henti-spekulasi-jangan-cemar-nama-atm



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-2-2026 03:29 PM | Show all posts

Semua ahli keluarga memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang anggota tentera, Truper K Indiran, yang tiba di perkarangan rumah keluarganya kira-kira jam 1.40 pagi tadi. - Foto AURIS FAQRURAZZI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 12:41 AM GMT+8 , Processed in 1.700549 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list