CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 26475|Reply: 0

[Kedah] Empat rumah kedai dekat stesen bas terbakar

[Copy link]
Post time 20-2-2026 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Empat rumah kedai dekat stesen bas terbakar

Zuliaty Zulkiffli[email protected]






TANGKAP layar video tular yang menunjukkan kebakaran membabitkan kebakaran empat rumah kedai berhampiran stesen bas Guar Chempedak. FOTO Tular




Yan: Empat unit rumah kedai berhampiran stesen bas Guar Chempedak di sini, terbakar petang semalam.

Kebakaran berlaku ketika hampir waktu berbuka puasa.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 6.41 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak yang diketuai Mohd Shahril Abd Rahman dan dibantu pasukan BBP Yan tiba di lokasi tidak lama kemudian.

Katanya, jumlah keseluruhan anggota bomba dari dua pasukan itu seramai 10 orang dan turut dibantu 18 anggota dari lima Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

"Setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan terdapat kebakaran membabitkan empat rumah kedai kelas B iaitu separa batu dan kayu.

"Anggaran peratusan kebakaran membabitkan sebuah daripadanya musnah 70 peratus, manakala dua daripada rumah kedai itu musnah 20 peratus dan sebuah lagi 10 peratus, " katanya.

PGO Kedah berkata, api berjaya dikawal pada jam 6.54 petang dan dipadam sepenuhnya pada jam 11.44 malam tadi.

Katanya, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu.

"Punca dan kerugian masih dalam siasatan, " katanya.



Disiarkan pada: Februari 20, 2026 @ 9:35am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1324622/empat-rumah-kedai-dekat-stesen-bas-terbakar




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.449618 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list