CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18269|Reply: 0

[Perlis] Stadium Tuanku Syed Putra 'rumah baharu' Imigresen

[Copy link]
Post time 20-2-2026 08:21 AM | Show all posts |Read mode
Stadium Tuanku Syed Putra 'rumah baharu' Imigresen

Februari 19, 2026 @ 6:20pm





Stadium Tuanku Syed Putra jadi gelanggang rasmi Imigresen.



KUALA LUMPUR: Stadium Tuanku Syed Putra di Kangar, Perlis kini menjadi tempat perlawanan pasukan tuan rumah baharu buat pasukan Imigresen FC bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia 2025-2026 berkuat kuasa serta-merta.

Imigresen FC sebelum ini beraksi di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

Perkembangan itu disahkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan dimuat naik di laman Facebook hari ini.

"Pindaan tempat perlawanan ini dibuat atas permohonan Imigresen FC dan telah mendapat kelulusan MFL selepas pemeriksaan dijalankan pada 4 Februari 2026, berikutan tempat perlawanan asal tidak dapat digunakan bagi perlawanan sebelah malam," menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, MFL memaklumkan perlawanan melibatkan Kelantan The Real Warriors FC selaku tuan rumah pula akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor berbanding Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu sepanjang bulan Ramadan kali ini.

"Pindaan tempat perlawanan ini adalah kerana Warta Negeri Kelantan yang telah menetapkan tiada aktiviti sukan dan hiburan dibenarkan di negeri itu sepanjang bulan Ramadan," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2026/02/1511325/stadium-tuanku-syed-putra-rumah-baharu-imigresen





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2026 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.851445 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list