CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 46910|Reply: 0

[Pulau Pinang] Jawatankuasa bahagian BERSATU tiada hak umum bubar - ARMADA

[Copy link]
Post time 17-2-2026 06:43 PM | Show all posts |Read mode
Jawatankuasa bahagian BERSATU tiada hak umum bubar - ARMADA

Siti Aminah Mohd Yusof[email protected]





GAMBAR fail. FOTO NSTP




Georgetown: Tiada mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang membenarkan jawatankuasa pada peringkat bahagian atau negeri untuk mengumumkan pembubaran parti di kawasan masing-masing.

Ketua Penerangan Angkatan BERSATU Anak Muda (ARMADA) yang juga Ketua BERSATU Balik Pulau, Harris Idaham Rashid berkata, perkara tersebut tertakluk di bawah bidang kuasa Majlis Pimpinan Tertinggi parti yang dipengerusikan presiden parti itu.

"Sejak kebelakangan ini ARMADA melihat perkembangan beberapa Jawatankuasa Bahagian yang telah mengumumkan Bahagian tersebut telah terbubar kerana mereka telah meletakan jawatan.

"ARMADA ingin menegaskan bahawa tidak ada mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan BERSATU membenarkan jawatankuasa Bahagian mengumumkan pembubaran," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Harris Idaham berkata, Badan Perhubungan Negeri juga tidak mempunyai hak untuk mengumumkan atau mengesahkan pembubaran Bahagian dalam negeri masing-masing dan undang-undang yang sama turut terpakai kepada sayap-sayap parti.

Menurutnya, dengan mendaftar sebagai ahli, memegang atau meletakkan jawatan adalah hak individu yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 10 Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan namun untuk mengumumkan pembubaran parti pada peringkat Bahagian, Jawatankuasa atau individu termasuk Ketua Bahagian tidak mempunyai hak sama sekali.

"ARMADA sarankan pihak media menunggu pengumuman Setiausaha Agung berkenaan status Bahagian dan tidak melaporkan berkenaan pembubaran sebelum ia diputuskan pada peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (tetapi) tiada masalah melaporkan tentang peletakan jawatan kerana itu adalah hak masing-masing," katanya.

Kenyataan itu menyusul berikutan beberapa bahagian BERSATU mengumumkan pembubaran parti itu di beberapa kawasan atas alasan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden Muhyiddin Yassin selepas pemecatan Hamzah Zainudin sebagai timbalan presiden.

Di Pulau Pinang pihak yang mengeluarkan kenyataan pembubaran setakat ini ialah BERSATU Bahagian Kepala Batas serta Tanjong selain Serikandi BERSATU Bahagian Bukit Gelugor.



Disiarkan pada: Februari 17, 2026 @ 4:50pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1323909/jawatankuasa-bahagian-bersatu-tiada-hak-umum-bubar-armada




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.599901 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list