CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 43533|Reply: 0

[Kedah] Tahun Baharu Cina: Kuih Bakul simbol kemakmuran, kekal relevan setiap tahun

[Copy link]
Post time 17-2-2026 02:58 PM | Show all posts |Read mode
Tahun Baharu Cina: Kuih Bakul simbol kemakmuran, kekal relevan setiap tahun

BERNAMA




Pembuat kuih bakul tradisional khas sempena Tahun Baharu Cina, Sim Beng Ai, 53, menyiapkan tempahan kuih bakul yang diterima daripada ahli keluarga serta rakan-rakannya di kediamannya di sini. FOTO BERNAMA



Alor Setar: Kemunculan pelbagai jenis kuih atau biskut moden tetap tidak dapat menggugat kuih bakul yang terus menjadi pilihan utama masyarakat Tionghua setiap kali Tahun Baharu Cina, bukan sekadar kerana rasanya tetapi nilai budaya yang tersirat di dalamnya.

Rasa autentik dengan tekstur lebih kenyal dan sedap menjadikan kuih tradisional berbentuk bulat itu tetap relevan di tengah arus pemodenan.

Sim Beng Ai, 53, yang mengusahakan kuih bakul secara kecil-kecilan dari rumah berkata tempahan yang diterimanya hingga saat akhir daripada ahli keluarga serta rakan-rakan menjadi bukti bahawa kelazatan kuih tradisional itu tidak pernah lapuk dek zaman.

Berkongsi cara penyediaan kuih bakul, dia berkata, seperti kebanyakan kuih tradisional lain, pembuatan kuih bakul juga menuntut kesabaran dan ketelitian yang tinggi, sebab itu ia tidak boleh dilakukan secara sambil lewa.

Ibu kepada dua anak itu berkata, bahan utama yang digunakan hanya tepung pulut dan gula tetapi prosesnya sangat remeh kerana mengambil masa tiga hari untuk disiapkan dengan sempurna, cantik serta sedap.

"Aroma kuih jadi lebih harum hasil daripada proses kukusan yang panjang dan dibalut dengan daun pisang.

Proses pembuatan kuih ini susah, kalau salah penjagaan memang kuih tidak menjadi.

"Biasanya beras pulut akan direndam, dikisar dan dikeringkan, selepas itu baru bancuhan adunan dibuat. dan perlu dikukus selama 24 jam, suhu api kena dijaga dengan baik kalau tidak kuih kurang cantik atau rosak," katanya kepada Bernama.

Sim mengakui tidak mampu menerima tempahan dalam kuantiti besar kerana hanya dibantu oleh suaminya, Saw Beng Hup, 58, terutama pada hujung minggu disebabkan tuntutan kerja pada hari biasa.

Sementara itu, Saw berkata, kuih bakul atau 'nian gao' terus menjadi antara hidangan tradisional paling signifikan setiap kali Tahun Baharu Cina kerana ia melambangkan kemakmuran, peningkatan rezeki serta hubungan kekeluargaan yang erat dalam masyarakat Tionghua.

"Resipi dan cara pembuatan kuih bakul tradisional saya belajar daripada mak, dia pun belajar daripada nenek, jadi ini memang tradisi turun-temurun keluarga kami," katanya.

Sementara itu, Saw yang merupakan pengetua sebuah sekolah menengah di sini berhasrat untuk mengambil alih sepenuhnya perusahaan kuih bakul tersebut selepas bersara nanti memandangkan adik-beradik yang lain kurang berminat mewarisi pembuatannya.

Beliau berkata, dalam tempoh tiga minggu sebelum sambutan Tahun Baharu Cina, mereka telah menyiapkan lebih 1,000 kuih bakul pelbagai saiz yang dijual pada harga antara RM6 hingga RM12, bergantung kepada saiz.



Disiarkan pada: Februari 17, 2026 @ 2:32pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1323852/tahun-baharu-cina-kuih-bakul-simbol-kemakmuran-kekal-relevan-setiap-tahun




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 11:03 PM GMT+8 , Processed in 0.813103 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list