CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 40799|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bomba bantu bawa turun lelaki 150 kg dari tingkat satu

[Copy link]
Post time 17-2-2026 02:13 PM | Show all posts |Read mode
Bomba bantu bawa turun lelaki 150 kg dari tingkat satu

Zuhainy Zulkiffli[email protected]





Pasukan bomba mengusung lelaki obesiti menerusi tangga dari kediamannya di tingkat satu sebuah pangsapuri di Kampung Batu Uban, Gelugor, dekat sini. FOTO IHSAN JBPM




Georgetown: Seorang lelaki warga emas seberat kira-kira 150 kilogram (kg) diusung menerusi tangga dari kediamannya di tingkat satu sebuah pangsapuri di Kampung Batu Uban, Gelugor, di sini, oleh sepasukan bomba bagi dibawa ke hospital.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 8.01 pagi, hari ini.

Katanya, penugasan membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dengan kekuatan seramai tujuh anggota diketuai Mohd Akmal Nasjuan Harun.

"Panggilan daripada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu meminta bantuan bagi mengangkat lelaki obesiti dari tingkat satu.

"Sebaik tiba di lokasi, mangsa didapati berada dalam keadaan sedar dan mengalami pendarahan pada kaki kanan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengulas lanjut John berkata, pasukan penyelamat bertindak mengangkat lelaki berkenaan menggunakan selimut dan mengambil masa satu minit bagi menurunkan mangsa.

"Mangsa kemudian diserah kepada pasukan perubatan di lokasi bagi tindakan lanjut.

"Difahamkan, pendarahan di kaki mangsa berpunca daripada penyakit kencing manis yang dihidapi," katanya lagi.

Operasi ditamatkan pada jam 8.51 pagi.



Disiarkan pada: Februari 16, 2026 @ 6:41pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/02/1323607/bomba-bantu-bawa-turun-lelaki-150-kg-dari-tingkat-satu




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 11:03 PM GMT+8 , Processed in 1.192605 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list