CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27080|Reply: 0

[Kedah] Warga Indonesia didenda RM300 kerana buang puntung rokok

[Copy link]
Post time 26-1-2026 11:42 PM | Show all posts |Read mode
Warga Indonesia didenda RM300 kerana buang puntung rokok

M Hifzuddin Ikhsan - Januari 26, 2026 @ 2:09pm





Anggota SWCORP membawa seorang lelaki atas tuduhan membuang puntung rokok di tempat awam di Mahkamah Alor Setar. - Foto NSTP/Wan Nabil Nasir



ALOR SETAR: Buruh binaan warga Indonesia menjadi individu pertama di Kedah, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok di tempat awam pada awal Januari lalu.

Tertuduh Jufri Zulkifli, 39, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok ke longkang dan bukan di dalam bekas yang diperuntukkan di sekitar Menara Alor Setar pada jam lebih kurang 12.10 malam, pada 1 Januari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 77A(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum denda maksimum RM2,000 dan diperintah membuat khidmat masyarakat maksimum 12 jam.

Berdasarkan fakta kes, pengadu Muhammad Salman Md Yusoff yang bertugas sebagai Pembantu Penguat Kuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam SWCorp Alor Setar, telah membuat operasi penguatkuasaan sampah kecil di sekitar Menara Alor Setar.

Ketika operasi itu, pasukan operasi melihat tertuduh dengan sengaja membuang sisa pepejal iaitu puntung rokok di tangannya ke longkang berhampiran Menara Alor Setar dan pengadu kemudian membuat laporan aduan mengenainya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SWCorp, Nur Idayu Syazwani Mohd Arif, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan kemudian meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal ke atas tertuduh serta perintah khidmat masyarakat sebagai pengajaran kepada orang ramai agar tidak membuang sampah sewenangnya.

Tertuduh dalam rayuannya meminta hukuman lebih ringan berikutan hanya bekerja sebagai buruh binaan dengan pendapatan RM80 sehari dan masih menanggung tiga anak.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM300 dan penjara tiga bulan jika gagal membayar serta memerintahkan tertuduh menjalani khidmat masyarakat enam jam dalam tempoh dua bulan dengan ia dilaksana selama satu jam sehari.

Tertuduh membayar denda yang dikenakan di kaunter Mahkamah Alor Setar dan akan menjalani perintah khidmat masyarakat dalam masa terdekat.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2026/01/1501616/warga-indonesia-didenda-rm300-kerana-buang-puntung-rokok





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 05:53 PM GMT+8 , Processed in 2.287145 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list