CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 26677|Reply: 0

[Kedah] 494 individu diberikan NPK kerana buang sisa pepejal di tempat awam

[Copy link]
Post time 26-1-2026 09:12 PM | Show all posts |Read mode
494 individu diberikan NPK kerana buang sisa pepejal di tempat awam

M Hifzuddin Ikhsan[email protected]





KHALID bercakap kepada pemberita selepas keputusan mahkamah di Mahkamah Alor Setar. FOTO Wan Nabil Nasir




Alor Setar: Operasi Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) membabitkan pembuangan sisa pepejal di tempat awam kini diperluas secara menyeluruh di kawasan Rehat dan Rawat (R&R).

Ketua Pegawai Eksekutif SWCorp, Khalid Mohamed berkata, dalam operasi di R&R terbabit, sebanyak 27 Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) dikeluarkan kepada individu yang melakukan kesalahan membuang sampah kecil di kawasan berkenaan.

"Secara keseluruhannya sehingga semalam, SWCorp mengeluarkan 494 NPK di tujuh negeri yang melaksanakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

"Daripada jumlah itu, 377 kes membabitkan warga tempatan dan 117 lagi adalah warga asing.

"Di Kedah pula, negeri ini merekodkan sebanyak 120 NPK yang dikeluarkan membabitkan 103 kes warga tempatan dan 17 kes warga asing.

"Sebanyak 57 kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan 37 kes telah memperoleh izin dakwa," katanya ketika ditemui selepas hadir menyaksikan proses pendakwaan kes di bawah Seksyen 77A(1) Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 di Mahkamah Sesysen, di sini, hari ini.

Khalid berkata, statistik diperoleh SWCorp ketika ini membuktikan penguatkuasaan yang diadakan secara menyeluruh, konsisten dan berfokus berjaya membentuk disiplin masyarakat terhadap penjagaan kebersihan awam.

Beliau berkata, SWCorp akan terus mempergiatkan penguatkuasaan secara konsisten dan berterusan di seluruh negara tanpa kompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang kebersihan.



Disiarkan pada: Januari 26, 2026 @ 3:30pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/01/1315562/494-individu-diberikan-npk-kerana-buang-sisa-pepejal-di-tempat-awam




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-1-2026 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.206614 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list