CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19175|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak jadi contoh hasil perpaduan politik, kestabilan, pendekatan tadbir urus

[Copy link]
Post time 26-1-2026 10:19 AM | Show all posts |Read mode


Dr Sim (tengah) menandatangani plak perasmian pejabat baharu SUPP Cawangan Dudong di Sibu, hari ini.

SIBU: Sarawak kini muncul sebagai contoh kepada negeri-negeri lain di Malaysia hasil perpaduan politik, kestabilan dan pendekatan tadbir urus yang memberi keutamaan kepada rakyat, kata Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Beliau menegaskan bahawa kejayaan Sarawak kini bukan bergantung kepada kekayaan semata-mata, tetapi bagaimana sumber negeri dimanfaatkan secara berkesan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

"Hari ini Sarawak dihormati bukan kerana kita kaya, tetapi kerana apa yang kita lakukan menjadi contoh kepada Malaysia. Ramai pihak datang ke Sarawak untuk belajar daripada kita,” katanya ketika berucap merasmikan pejabat baharu SUPP Cawangan Dudong di sini, hari ini.

Menurut Dr Sim, kestabilan politik dan kerjasama erat antara parti komponen Kerajaan Sarawak iaitu SUPP, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS) menjadi faktor utama yang membolehkan negeri ini bergerak pantas dalam pelaksanaan pembangunan, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur serta rakyat.

Beliau yang juga Timbalan Premier Sarawak turut menekankan bahawa kekayaan Sarawak tidak seharusnya dibanggakan, sebaliknya digunakan untuk mempercepatkan projek pembangunan agar Sarawak mampu bergerak seiring atau lebih maju berbanding negeri lain.

Dr Sim turut menyentuh pelbagai inisiatif Kerajaan Sarawak yang memberi manfaat langsung kepada rakyat, termasuk bantuan RM1,200 wang saku kepada pelajar Sarawak yang melanjutkan pengajian ke universiti, yang diberikan secara konsisten setiap tahun.

"Jumlah itu mungkin kecil bagi sesetengah pihak, tetapi amat bermakna kepada pelajar dan keluarga mereka," ujarnya yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau turut memetik kejayaan syarikat tempatan, Twin Catalyst yang mencipta sejarah apabila memenangi Anugerah InnoBase dengan hadiah RM600,000, selain pencapaian pakar perubatan Sarawak yang berjaya melaksanakan pembedahan tulang belakang menggunakan teknologi terkini buat pertama kali di Malaysia.

"Kejayaan ini menunjukkan Sarawak bukan sahaja maju dalam pembangunan fizikal tetapi juga dalam inovasi, pendidikan dan perkhidmatan kesihatan," jelasnya.

Dr Sim berkata, Sarawak kini jauh berbeza berbanding sedekad lalu dan perubahan positif itu menyebabkan negeri ini tidak lagi dipandang rendah, sebaliknya dijadikan rujukan.

Namun, beliau mengingatkan bahawa lima tahun akan datang adalah tempoh kritikal dan kejayaan hanya dapat diteruskan sekiranya perpaduan dan kestabilan politik terus dipelihara bagi mencapai Wawasan Sarawak 2030.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah itu menyifatkan pejabat baharu itu sebagai simbol komitmen SUPP untuk terus berkhidmat kepada rakyat sepanjang masa, bukan hanya ketika musim pilihan raya.

Sehubungan itu, Dr Sim merakamkan penghargaan kepada kepimpinan SUPP Cawangan Dudong dan seluruh jentera parti atas usaha berterusan mereka, sambil menegaskan bahawa dengan kesatuan dan keikhlasan, Sarawak akan terus mara ke hadapan demi rakyat dan negeri.

Hadir sama ialah Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Sebastian Ting, ADUN Bukit Assek Joseph Chieng, ADUN Pujut Adam Yi, ADUN Meradong Datuk Ding Kuong Hing, Setiausaha Penganjur SUPP Datuk Matthew Chen, Ketua Pemuda SUPP Kaunselor Kevin Lau, Ketua Wanita SUPP Kho Teck Wan, Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Wong Ching Yong serta tetamu jemputan yang lain.


Sumber : Utusan Borneo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kukuku89akku
Views : 2021 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 2728 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
akku
kukku1234akku
Views : 8183 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.044988 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list