CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 15482|Reply: 6

[Tempatan] Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap

[Copy link]
Post time 26-1-2026 09:46 AM | Show all posts |Read mode
Isu keberhutangan dalam kalangan guru sebenarnya bukan perkara terpencil, malah ada ketikanya membimbangkan apabila ada yang bergelumang dengan perangkap mengelak kebankrapan.
Justeru, apabila Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Fouzi Singon mendedahkan fenomena gusar ini, ia wajar menjentik kesedaran pendidik untuk mengelak daripada terjerumus ke lembah hutang dan muflis. Antara faktor guru berhutang dan berisiko bankrap adalah kelemahan literasi dan pengurusan kewangan. Maka ia memerlukan penyelesaian menyeluruh daripada Kementerian Pendidikan (KPM).
Hari ini, tidak dinafikan ekonomi rumah tangga semakin mencabar, isu pengurusan kewangan peribadi menjadi ujian merentasi profesion dan lapisan masyarakat, termasuk pendidik.


Apatah lagi pelbagai bentuk dan pakej pinjaman peribadi banyak ditawarkan institusi kewangan, maka ia turut mempengaruhi pendirian guru untuk memenuhi keperluan hidup. Ditambah pula dengan tekanan gaya hidup moden hari ini, menjadikan ramai pekerja, termasuk guru terdedah masalah kewangan serius jika tidak dibekalkan pengetahuan dan disiplin kewangan mencukupi.
Dalam konteks ini, literasi kewangan kepada pendidik sudah menjadi satu keperluan asas, bukan lagi pilihan. Guru sering dilihat sebagai golongan profesional yang stabil dari segi pendapatan. Namun, persepsi ini tidak semestinya mencerminkan realiti sebenar. Apabila literasi kewangan rendah, keputusan berkaitan pinjaman dan perbelanjaan sering dibuat tanpa pertimbangan jangka panjang, sekali gus meningkatkan risiko kewangan peribadi.
Keadaan ini menjadi lebih parah apabila sistem kelulusan pinjaman boleh disifatkan sebagai longgar. Ada institusi kewangan meluluskan pinjaman walaupun tahap komitmen peminjam melepasi had selamat. Ia bukan sahaja menjejaskan kebajikan guru, malah mencerminkan kelemahan tadbir urus institusi kewangan yang seharusnya berperanan melindungi, bukan memerangkap peminjam, termasuk guru.
Dalam hal ini, guru juga wajar 'mengukur baju di badan sendiri' dalam urusan perbelanjaan. Memang benar guru juga memiliki pelbagai ilmu dan kemahiran, namun tanpa disiplin tinggi ia membuka pintu perangkap pinjaman.
Sebelum ini berapa banyak penjawat awam, termasuk guru dilaporkan terperangkap dengan pinjaman along. Semua kes ini harus dijadikan pengajaran kepada guru untuk lebih waspada dalam aspek pengurusan kewangan.
Jika isu ini tidak ditangani dengan cermat, tekanan kewangan boleh menjejaskan kesejahteraan mental guru, seterusnya memberi kesan kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran (PdP). Pendidikan berkualiti sukar dicapai jika pendidiknya dibelenggu masalah kewangan yang kronik. Justeru, usaha meningkatkan literasi kewangan guru perlu dijadikan agenda nasional.
Kerajaan, KPM, bahkan NUJ harus bekerjasama menyediakan modul pendidikan kewangan yang menyeluruh, mesra guru untuk difahami, praktikal dan berterusan. Program ini tidak wajar bersifat sekali lalu, sebaliknya disepadukan dalam pembangunan profesional guru sejak awal perkhidmatan. Kawal selia lebih ketat terhadap kelulusan pinjaman juga perlu dilaksanakan.
Akhirnya, menangani isu ini bukan sahaja dapat menyelamatkan individu daripada kebankrapan, tetapi melindungi martabat profesion perguruan dan masa depan pendidikan negara.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2026 11:52 AM | Show all posts
gaji besar senang buat loan
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 12:17 PM | Show all posts
cikgu2 ni tk sempat baca socmed ke sampai senang kene scam?
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamatkan lah diri sendiri. Diri sendiri tak terjaga ada hati nak jaga anak orang.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adm7 at 26-1-2026 05:30 PM

Sebab mudah utk dapat pinjaman. Bank pun senang bgi lulus pinjaman tanpa ambil kira kemampuan sebenar pelanggan.dulu ada ura-ura nak pendekkan tempoh pinjaman peribadi ke 7 tahun tapi tak jadi pulak.

Rakyat sepatutnya sedar kemampuan. Ukur baju di badan sendiri. Hentikan buang duit dengan hobi bodoh dan tak da faedah. Bukan asal gaaji naik terus bg payslip kat banker minta kira untuk overlap.

Ujung-ujung salahkan bank makan riba, salah kan kerajaan naik OPR.

Bodo macam monyet
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2026 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
FC vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv:vvvvvvvvvvvv:vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv:vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv:vvvvvvvvvvvv vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv:gigi&gg&ggggg&6y
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2026 10:18 PM | Show all posts
Hi, saya memang berhati-hati bila melibatkan urusan pinjaman sebab nak pastikan ikut prinsip yang betul. Saya mula mencari info tentang pinjaman peribadi islamik yang sesuai di Malaysia dan jumpa penerangan yang jelas tanpa ayat menjual. Mereka terangkan konsep, struktur bayaran, dan apa yang patuh syariah dengan bahasa mudah. Ada juga info berkaitan kelayakan dan sokongan untuk pemohon tempatan. Saya suka sebab nada dia tenang dan tak mendesak, jadi senang untuk faham dan timbang ikut keperluan sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18443 Replies : 25
Nelayan Pahang ceroboh perairan terengganu curi ikan
ApooNelayan Pahang ceroboh perairan terengga
Views : 8323 Replies : 5
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28681 Replies : 131
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 14094 Replies : 20
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 6159 Replies : 8
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 4018 Replies : 60
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16530 Replies : 136
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4093 Replies : 52
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24581 Replies : 72

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 02:55 PM GMT+8 , Processed in 0.048037 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list