CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1018|Reply: 1

M Ravi dilantik Ketua Polis Daerah KLIA baharu

[Copy link]
Post time 16-1-2026 01:24 PM | Show all posts |Read mode
M Ravi dilantik Ketua Polis Daerah KLIA baharu

MUHAMMAD AFHAM RAMLI
16 Januari 2026 11:21am





M Ravi (kanan) dilantik sebagai Ketua Polis Daerah KLIA baharu menggantikan Azman (kiri) dengan disaksikan Shazeli di IPD KLIA, pada Jumaat.




SEPANG - Asisten Komisioner M Ravi dilantik sebagai Ketua Polis Daerah KLIA baharu pada Jumaat.

Beliau menggantikan Senior Asisten Komisioner Azman Shari'at yang dinaikkan pangkat menjawat jawatan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Latihan/Peperiksaan/Kompentensi) Bukit Aman.


Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dan turut dihadiri pegawai kanan serta warga polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) KLIA.

Menurut Shazeli, warga kerja Polis Selangor berkeyakinan tinggi di atas kemahiran dan kemampuan ketua polis daerah yang baharu ini dalam meneruskan kesinambungan dan penambahbaikan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA.


"Ini demi menjaga ketenteraman awam khususnya kompleks dan Terminal KLIA.

"Saya juga seru masyarakat bersama membantu Ketua Polis Daerah baharu agar dapat beri outcome dan perkhidmatan kepada semua," katanya kepada pemberita di IPD KLIA di sini pada Jumaat.

Tambah Shazeli, tahniah di atas pelantikan dan pemakaian pangkat ketua polis daerah baharu ini.

"Ini bukan sekadar satu pengiktirafan, tetapi satu amanah besar yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan," ujarnya.

Sementara itu, M Ravi berkata, diharap rakan media memberi kerjasama baik dengan pihak polis dalam menyiarkan berita yang sahih dan mendapatkan pengesahan berkenaan berita palsu.


"Rakan media boleh mengesahkan dengan pihak polis sebelum menyiarkan sebarang berita,” ujarnya.

https://www.sinarharian.com.my/article/764258/berita/semasa/m-ravi-dilantik-ketua-polis-daerah-klia-baharu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2026 03:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Congratulations
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 49787 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23468 Replies : 7
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 5680 Replies : 2
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363932 Replies : 3551
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 371 Replies : 5
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 278422 Replies : 1525
PROJECT HAIL MARY
SY_MumiPROJECT HAIL MARY
Views : 266 Replies : 2
Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksual terhadap anak perempuan
ultra78Lelaki OKU hadapi 3 tuduhan amang seksua
Views : 31775 Replies : 22
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi lebih RM4.8 juta termasuk faedah kepada kerajaan
ultra78Keluarga Altantuya pulangkan semula gant
Views : 19828 Replies : 7
Polis buka siasatan video lelaki baling kon di Plaza Tol LDP
ultra78Polis buka siasatan video lelaki baling
Views : 13931 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.048460 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list