CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 213|Reply: 0

Akibat mogok Muzium Louvre ditutup

[Copy link]
Post time 16-12-2025 11:09 AM | Show all posts |Read mode


PARIS: Muzium Louvre di Paris ditutup pada Isnin apabila kakitangan mengadakan mogok bagi membantah keadaan bekerja yang semakin merosot, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Masih belum jelas berapa lama mogok itu akan berlarutan. Pihak muzium memaklumkan di laman sesawang rasminya yang muzium itu tidak dapat diakses buat masa ini akibat tindakan industri, sambil memohon maaf kepada pengunjung atas kesulitan yang berlaku. Kesatuan sekerja pula menyatakan yang mogok itu bersifat tanpa tempoh tamat.

Pekerja membantah kekurangan kakitangan dan sumber yang tidak mencukupi. Antara tuntutan mereka termasuk penambahan kakitangan di kawasan kaunter penerimaan tetamu dan keselamatan.

Mogok itu menyusul selepas beberapa insiden di muzium terkenal dunia berkenaan. Pada Oktober, mahkota bernilai kira-kira €88 juta (sekitar US$103 juta) dicuri, manakala pada November, sebuah galeri terpaksa ditutup akibat struktur sokongan yang uzur.

Pada awal Disember, kebocoran air menyebabkan kerosakan terhadap 300 hingga 400 jurnal dan dokumen khusus di perpustakaan antikuiti Mesir.–BERNAMA


Sumber : Suara Sarawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2026 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.132443 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list